Usahawan dan pelakon, Fazura penat untuk menjawab soalan daripada netizen berkaitan menambah zuriat
memandangkan perkara tersebut di luar kuasanya dan hanya berserah kepada takdir tuhan.
Menerusi hantaran yang tular di media sosial, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40,
meminta orang ramai mendoakan agar hasratnya untuk dikurniakan anak kedua dimakbulkan Allah kelak.
“Fazura, bila nak tambah anak?’ Nanti saya tanya Allah. Suami saya ada di Kelantan, macam mana hendak buat anak baru?
“Adakah saya perlu tumbuk bawang putih dan bawang merah, dicampur dengan bunga cengkih kemudian boleh mengandung selepas itu?
“Ramai tanya soalan itu, macam mana saya nak jawab? Pastinya perlu berdoa sebab saya pun nak tambah anak,” katanya.
Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu lagi, dia berharap orang ramai dapat memahami keadaannya dan segala urusannya dipermudahkan tuhan.
“Namun, itu semua ketentuan Tuhan dan kita berusaha serta doakan agar dipermudahkan. Saya juga nak tambah anak dan beri adik untuk Fatima. Dia pun nak adik,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Fazura berkahwin dengan Fattah Amin pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima.
BACA: Baru tahu perah santan pun ada teknik dijamin lebih pekat dan banyak!