Fazura beri ‘hint’ mengandung anak kedua? Peminat mula ucap tahniah

Fazura beri ‘hint’ mengandung anak kedua? Peminat mula ucap tahniah. Aktres jelita Nur Fazura berseloroh seakan berhasrat mahu menambah cahaya mata bersama suaminya pelakon Fattah Amin.

Perkara itu dikongsi Fazura menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Video ‘Sweet’ Bersama Keluarga

Dalam entri tersebut, Fazura berkongsi sepotong video berjalan bersama Fattah sambil mendukung anak mereka, Nur Fatima Aisya.

“Kenangan jalan bertiga, kot kot nak jadi berempat tak lama lagi… #belumlagi #dontwondertau #doakan,” tulisnya.

Curi Perhatian Ramai
Perkongsian itu semestinya mencuri perhatian netizen. Melihat ruangan komen, ramai juga yang mengusik Fazura dan berdoa agar hasrat pelakon Dendam Pontianak itu menimang cahaya mata kedua dimakbulkan Allah SWT.

Fazura beri 'hint' mengandung anak kedua? Peminat mula ucap tahniah

“Apapun marilah sama-sama kita aminkan.

“Amin, semoga Fatima bakal dapat adik ya, suka tengok family ni, sejuk je mata.

Imbas kembali, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pasangan kesayangan ramai itu dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

BACA:

Kecoh Rosnah Mat Aris bomohkan suami, ini respon tuan badan

Kambing peliharaan gadis ini jadi tumpuan, “minta tidur atas riba je, manja sangat”

OPR bank naik 2 peratus, ini kesan kepada kewangan kita yang ramai tidak tahu

CATEGORIES