Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, “i bayar u mahal tau”

Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, “i bayar u mahal tau”

Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, “i bayar u mahal tau”. Sejak pelakon Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff Awang pada 30 Disember yang lalu, pasti ada sahaja gelagat romantik yang mencuri perhatian ramai. Malah, di laman TikTok juga penuh adegan-adegan mereka berdua yang dikongsi oleh para peminat sebagai tatapan umum.

Fatin mengelak apabila suami nak pegang tangan

Terbaru semalam, pasangan suami isteri berkenaan sempat meluangkan masa bersama berkunjung ke sebuah kafe. Namun begitu ketika ingin dipegang oleh Aliff, selebriti wanita tersebut kelihatan cuak dan sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada disentuh. Malah dia turut meletakkan beg tangan sebagai penghalang di antara mereka.

Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, "i bayar u mahal tau"

Bayar mahal-mahal tapi tak boleh nak pegang

Dengan nada berseloroh, Aliff bertanya mengapa si isteri berusaha mengelak sedangkan mereka sudah sah bergelar suami isteri. Ternyata Fatin bukanlah sengaja mahu membuat demikian tetapi sebenarnya masih mempunyai air wuduk. Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, lelaki berkenaan terus berhenti mengusik pasangannya.

@aliff_awangSayang šŸ˜­ I nak pegang je. Bukan pukul !! Kalau you tak bagi I pegang, I nak buat apa? Takkan I nak pegang phone je huhu. Bosan tau pegang phone asyik withdraw je kerja. I nak pegang you nak rasa kemenangan ! Eh kalau korang semua ada masalah macamni, cuba TEKAN LINK KAT BIO ! Maybe bila kau berduit, isteri takmau pegang šŸ˜­ tak percaya? Kau buat dulu duit dengan aku !

ā™¬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Kalau dah ada wuduk memang nak jagaā€¦Lagi kalau dah makeup, memang malas nak tanggalkan

Meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baru berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang akui faham dengan situasi Fatin yang berusaha menjaga wuduk disebabkan sudah cantik bersolek dan malas untuk bersiap semula.

Fatin Afeefa elak dipegang suami sebab nak jaga wuduk, "i bayar u mahal tau"

BACA JUGA :Ā 

Masya Masyitah pakai baju ala karakter anime, netizen perasan sesuatu dekat seluar

Chef Wan takut kehilangan ibu, ā€œpernafasan dah perlahanā€

Lelaki edar dadah di kandang lembu akhirnya ke tali gantung

CATEGORIES