Faizal Ismail kahwin baru di Madinah? “Saya jadi saksi pernikahan mereka..”

Oleh INFORAKYAT

Faizal Ismail kahwin baru di Madinah? “Saya jadi saksi pernikahan mereka..” Semalam pihak BOOM! dikejutkan dengan penerimaan satu video yang mendedahkan pengakuan seorang lelaki sebagai saksi pernikahan individu disebutnya sebagai Ustaz Faizal Ismail dengan wanita bernama Nor.

Video dikirim oleh pembaca itu menyaksikan individu dikenali sebagai Ustaz Zakaria Babad mengatakan pasangan itu telah dinikahkan di Mekah, Arab Saudi.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Alhamdulillah. Hari ini saya berada di Kota Mekah.

“Dan saya pernah menjadi saksi pernikahan antara Ustaz Faizal Ismail berserta akak Nor pada bulan Ramadan di Madinah,” jelas Ustaz Zakaria memetik kata-katanya dalam video tersebut.

Justeru, pengirim mendakwa bahawa nama individu disebutkan oleh beliau merujuk kepada bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih terkenal dengan nama FBI.

Namun FBI ketika dihubungi akui terkejut mendengar berita tersebut lantas menafikan.

“Saya tak kahwin pun,” jawabnya ringkas.

FBI atau Mohd Faizal Ismail, 46, sebelum ini telah berkahwin dengan Norazlina Ahmad Din, 46, dan mereka dikurniakan lima cahaya mata

BACA:

Netizen kecam Aliff Syukri berlakon bantu pengutip sampah

Ini spek baru Proton X70 2022 yang baru dilancar