Ezam akan kejar di mana sahaja Azmin bertanding

Ezam akan kejar di mana sahaja Azmin bertanding

Gerak ’98 akan mengejar ke mana Azmin Ali bertanding dalam pilihan raya akan datang bagi menumbang ahli Parlimen Gombak yang juga menteri Miti itu, demikian ditegaskan Presidennya Ezam Muhammad Noor.

Kata Ezam kalau tidak ada sesiapa berani untuk menentang Azmin, dia sendiri sanggup berhadapan dengan bekas Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan rakan baiknya satu masa dahulu itu.

Ezam juga mencabar Azmin agar keluar daripada Gombak dan bertanding di mana-mana kerusi dalam Kuala Lumpur (Wilayah) atau di Ampang kalau anak jantan.

Ezam membuat gesaan dan menyatakan kesanggupan itu ketika berucap merasmikan Gerak ’98 peringkat negeri Melaka sekejap tadi.

Ezam juga malam ini tanpa berbasi basi, dengan terus terang mengulangi menyebut dua sosok yang bertanggungjawab menjadi pengkhianat sehingga tumbangnya kerajaan PH, adalah Azmin dan Hishammuddin Hussein.

Dalam pada itu Ezam mengesa dan mencabar SPRM supaya menangkap kedua mereka ini kerana berbohong dalam membuat pengistyharan harta yang menyebut memiliki aset sekitar RM2 juta lebih sedangkan hakikat aset mereka lebih daripada itu.

“Apa yang kedua mereka lakukan satu pembohongan,” tegas Ezam.

Dalam masa sama juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu mencabar Ketua Polis Negera (KPN) Abdul Hamid Bahadul supaya terus menyiasat kes video lucah yang membabitkan Azmin Ali.

“Kita mahu polis bertindak tegas dan adil, jangan orang kecil ditangkap tetapi orang besar bebas,” kata Ezam. Beliau menyifatkan kes video itu sebagai satu jenayah yang tidak patut dilindungi.

Bagi Ezam apa yang dilakukan oleh Azmin sehingga tumbangnya kerajaan PH adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan beliau menyifatkan perbuatan Azmin itu seperti si Kitol yang menjatuhkan kerajaan Melayu Melaka.

Tentangan dan marah beliau kepada Azmin bukan soal peribadi atau politik tetapi kerana ia menyebabkan pengkhianatan ke atas mandat rakyat. Trims.

sumber :

COMMENTS