Exco kerajaan Pas Kelantan minta wartawan padam dokumen tular, malu kes sagu hati Aidilfitri RM10000 terbongkar.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan EXCO kerajaan negeri masing-masing enggan mengulas
Berhubung dakwaan sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 seorang yang diterima Ahli Lembaga Pengarah AKSB.
Penerimaan sagu hati itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah, selain setiausaha syarikat menerima RM2,000 serta kaki tangan syarikat itu RM200.
Pengurus Besar AKSB, Dr Nazmi Ghazali Azmi, sebaliknya memaklumkan menyebarkan dokumen sulit adalah menjadi kesalahan.
“Menyebarkan dokumen sulit adalah suatu kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi, wartawan jangan terbabit dengan kesalahan itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tidak mahu komen perkara ini kerana tidak mahu perbesarkan isu ini,” katanya.
Terdahulu, tular satu notis mengenai pemberian saguhati Aidilfitri kepada sembilan Ahli Lembaga Pengarah AKSB masing-masing sebanyak RM10,000 seorang.
Selain itu turut dinyatakan dalam notis itu mengenai pemberian sagu hati kepada semua kakitangan sebanyak RM200 dan kepada setiausaha syarikat sebanyak RM2,000.
Perkara itu didedahkan oleh seorang individu di Facebook sehingga menimbulkan kemarahan rakyat berikutan Kelantan berdepan masalah air yang berpanjangan.
BACA:
Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu