Erra Fazira sahkan Awie tujukan lagu ini padanya ,“Benda lepas tapi manis dikenang”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kisah percintaan antara dua selebriti ternama tanah air iaitu Erra Fazira dan Awie pernah mencetuskan fenomena luar biasa suatu ketika dahulu.

Walaupun terputus di tengah jalan, hubungan asmara yang tidak berakhir dengan perkahwinan

Kenangan tu cukup memberi kesan terutamanya kepada peminat kedua artis itu.

Erra Fazira sahkan Awie tujukan lagu ini padanya ,“Benda lepas tapi manis dikenang”

Kini bahagia dengan kehidupan masing-masing, Erra yang merupakan Primadona Filem Melayu itu kembali membongkarkan satu rahsia mengenai kisah cinta mereka.

Menerusi satu sesi temu bual di konti Sinar FM, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu menerima soalan tentang lagu manakah yang pernah dituju kepada dirinya.

Tampil menjawab persoalan, pelakon dan penyanyi jelita itu memilih lagu dinyanyikan Datuk Awie sebagai sebuah lagu yang memberi kesan mendalam di dalam hidupnya.

Akui Erra Fazira, lagu nyanyian Awie iaitu Ratuku itu benar-benar memberikan kesan kepadanya memandangkan lagu tersebut memang diciptakan khusus untuk dirinya.

“Ada satu lagulah (ditujukan kepadanya). Lagu ini mengimbau sedikit. Sebab lagu ini memang untuk kita (saya). Lagu Ratuku,” dedah pelakon yang berusia 50 tahun itu.

Lagu Ratuku yang berusia 30 tahun itu diterbitkan pada 1994 dan digubah komposer terkenal iaitu Johari Teh manakala liriknya pula dihasilkan sendiri oleh Awie.

Mengulas lanjut Erra berkata, meskipun kisah percintaan mereka sudah lama berlalu namun perkara tersebut agak nostalgia dan juga sangat manis apabila dikenangkan.

“Lagu itu sangat bererti dan bermakna. Walaupun benda itu sudah lepas pun. Tetapi sangat manis bila dikenangkan balik. Lagu itu untuk kita.” Ulas bintang filem Sembilu itu.

Tular di media sosial, pendedahan yang dibuat oleh pelantun lagu Pasrah itu sempat dirakam sebelum dimuat naik di akaun Instagram milik stesen radio, Sinar FM.

Untuk makluman, vokalis kumpulan Wings itu mula mendekati Erra selepas wanita berkenaan memenangi pertandingan ratu cantik iaitu Miss Malaysia World pada tahun 1992.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman kemudian ‘melamar’ kenalannya itu untuk sama-sama membintangi filem Sembilu yang diarahkan oleh Yusof Haslam.

Mereka kemudian menjalin hubungan cinta yang penuh fenomena sebelum membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 1996 namun putus di hujung tahun 1998.

Baca juga: “Mak selalu kutuk kak ipar sebab kerja kilang, akhirnya mak tergamam bila tahu kerja sebenar kak ipar bila kereta adik hilang”