Eric Paulsen yang burukkan Islam jadi anggota komunikasi kerajaan PN?

Eric Paulsen yang burukkan Islam jadi anggota komunikasi kerajaan PN?

Pengkritik Islam Dilantik Anggota Komunikasi?
========
1. Agak menghairankan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah melantik individu yang dilihat sebagai anti-Islam, Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

2. Sebelum ini Eric pernah menuduh JAKIM sebagai menyebarkan fahaman ekstrimis di dalam khutbah Jumaat. Bahkan Eric pernah menuduh bahawa Hukum Islam tidak sesuai dengan zaman moden.

3. Dalam beberapa kenyataan beliau di dalam Twitter pula, Eric pernah menyifatkan ulama seakan mempunyai status seperti Tuhan yang tidak boleh dikritik. Kewujudan Zakir Naik pula dilihat sebagai menyokong ekstrimis. Ini semua tidak lain seakan satu propaganda untuk memburukkan imej ulama dan Islam.

4. Eric turut pernah mengkritik usaha PAS yang ingin menjulang hukum Islam, mengeluarkan persoalan apakah hukum Islam hanya sekitar seks sahaja/

5. Setelah pelbagai kenyataan dan dakwaan yang memburukkan Islam ini, akhirnya Saifuffin Abdullah melantik beliau sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia.

Mengapa orang yang dilihat menggambarkan Islam sebagai ekstrimis dan kolot (tidak moden) ini dilantik pula sebagai penasihat yang mengawal komunikasi dan media?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sumber:

COMMENTS