Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara, dikatakan berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya
kepada seorang individu lain, melaporkan laman berita Merdeka kelmarin.
Wanita yang hanya dikenali sebagai L memuat naik hantaran melalui akaun Facebook anaknya, menyatakan bahawa dia telah meninggal dunia.
Dia turut menyertakan beberapa gambar yang menunjukkan keadaannya sebagai ‘jenazah’ yang dibalut dengan kain kafan.
Hantaran itu juga mendakwa bahawa L meninggal dunia akibat kemalangan di sebuah jambatan dan akan dikebumikan di Aceh.
Menurut pemiutangnya, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L untuk melunaskan hutangnya, namun wanita tersebut mengakui bahawa dia tidak mempunyai wang untuk melakukannya.
Wanita itu sebelumnya berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun tidak melaksanakan janji tersebut.
Setelah waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan hingga 6 Disember lalu.
Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya, mendakwa bahawa dia telah meninggal dunia.
Anaknya, Najwa Almira Ginting, kemudian mendedahkan bahawa ibunya masih hidup dan melakukan tindakan tersebut kerana enggan membayar hutang.
Najwa Almira Ginting juga meminta maaf atas perbuatan ibunya itu kepada pihak yang terlibat.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio