Empat jam tunggu popia sira sambal sampai , belum sempat ‘report’ abang rider dah lesap!

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Khidmat penghantar makanan sering menjadi penyelamat masa bagi ramai pengguna.

Namun, apa yang dialami seorang pelanggan baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam apabila pesanan yang dijanjikan tiba dalam masa sejam hanya sampai selepas empat jam!

Menerusi perkongsian di TikTok, pelanggan tersebut meluahkan kekecewaannya.

Pesanan popia bersira yang sepatutnya tiba pada tengah hari akhirnya diterima hampir petang, dalam keadaan yang tidak lagi sesuai untuk dimakan.

“Rider ambil makanan pukul 11.30 pagi. Tapi pukul 12.30 tengah hari masih tak sampai.

Empat jam tunggu popia sira sambal sampai ,belum sempat ‘report’ abang rider dah lesap!

Bila telefon, katanya motosikal rosak. Saya tunggu lagi, tapi selepas 30 minit telefon semula, langsung tak dapat dihubungi,” jelas pelanggan itu.

Kejutan Petang Hari

Menurut pelanggan tersebut, pesanan akhirnya sampai pada pukul 4.30 petang. Namun, dia kecewa melihat keadaan bungkusan yang sudah kotor dan makanan yang berubah rupa.

Kuah popia yang sepatutnya menggoda selera menjadi pekat dan keras, manakala popia pula lembik dan liat.

“Saya tak boleh terima makanan yang tunggu lebih empat jam. Bila nak buat aduan, rider tinggalkan makanan di depan pintu tanpa sebarang penjelasan,” luahnya kecewa.

Bukan Sekadar Aduan, Tapi Peringatan

Pelanggan ini menjelaskan bahawa tujuannya berkongsi pengalaman adalah untuk memberi kesedaran kepada penyedia perkhidmatan agar lebih bertanggungjawab.

“Saya tak berniat nak tutup periuk nasi rider, tapi cara kerja sebegini memaksa kami ambil tindakan. Ia bukan hanya menyusahkan pelanggan, tapi juga menjejaskan peniaga yang sudah berusaha keras menyediakan makanan,” tambahnya.

Dia juga memuji peniaga yang segera membuat aduan kepada syarikat perkhidmatan penghantaran. Namun, insiden ini diharapkan menjadi pengajaran supaya pengalaman serupa tidak berulang kepada pelanggan lain.

Pengajaran: Pentingnya Amanah dan Profesionalisme

Insiden ini sekali lagi menegaskan pentingnya sifat amanah dan profesionalisme dalam industri penghantaran. Semoga kisah ini membuka mata semua pihak untuk lebih peka terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan, kerana setiap pesanan membawa harapan pelanggan yang percaya pada servis yang ditawarkan.

BACA: Pemilik kucing boleh masak ‘wet food’ untuk si bulus, cuma guna 3 bahan mudah