Elon musk pecat CEO Twitter selepas tak sampai 24 jam ambil alih

Elon musk pecat CEO Twitter selepas tak sampai 24 jam ambil alih

Elon musk pecat CEO Twitter selepas tak sampai 24 jam ambil alih. Bermula dengan sekadar ura-ura dan hasrat, akhirnya isu ‘tarik tali’ mengenai pembelian Twitter melibatkan Elon Musk dilaporkan selesai selepas individu terkaya dunia ini bersetuju untuk membeli platform Twitter dengan nilai sekitar $44 bilion (~RM208 bilion). Pembelian Twitter yang dilakukan sekaligus menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar platform tersebut.

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, beliau dilihat telah memulakan hari beliau di pejabat dengan mengongsikan video beliau yang masuk ke pejabat dengan membawa sebuah sinki sebagai salah satu jenaka ringan.

Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian ramai sejurus sahaja pembelian Twitter selesai adalah tindakan drastik yang dilakukan beliau. Belum sempat 24 jam beliau mengambil alih Twitter, Elon Musk telah mengejut ramai dengan bertindak memecat empat individu penting syarikat yang turut terdiri daripada CEO dan CFO syarikat Twitter.

Bukan itu sahaja, tindakan drastik yang dilakukan telah mendesak CEO dan CFO Twitter ini diiring keluar daripada pejabat serta merta. Mengulas dari segi tanggungjawab syarikat, Elon Musk dilaporkan sedia menggalas jawatan tersebut buat sementara waktu.

Elon musk pecat CEO Twitter selepas tak sampai 24 jam ambil alih

Beliau juga dilaporkan telah memecat individu yang menyekat Donald Trump untuk tweet secara bebas di Twitter sekaligus membenarkan mantan presiden Amerika Syarikat itu kembali di Twitter.

Difahamkan hubungan baik beliau bersama Donald Trump dan juga misi beliau dalam memastikan Twitter menjadi sebuah platform yang harmoni serta bebas daripada segala pendapat dan spam antara yang membuatkan beliau memilih untuk membeli platform ini. Elon Musk juga turut mendakwa menerusi tweet beliau di mana beliau tidak berniat untuk membuat duit menerusi Twitter.

Sementara ini, masih ramai yang menantikan langkah seterusnya daripada individu terkaya dunia dalam mengetahui impak yang bakal beliau bawakan kepada Twitter selepas berbelanja sekitar RM208 bilion dalam mendapatkan platform ini.

BACA:

Syed Saddiq diarah bela diri oleh mahkamah

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, “beza umur 10 tahun tu”

CATEGORIES