Elon Musk buat kereta boleh masuk air pula

Elon Musk buat kereta boleh masuk air pula

Elon Musk buat kereta boleh masuk air pula. CEO Tesla, Elon Musk mengeluarkan satu kenyataan berani menerusi laman blog mikro Twitter yang mendakwa SEMUA kereta Tesla boleh terapung di atas air dan berubah menjadi bot.

Salah satu daripada ciapannya merujuk kepada keupayaan Tesla Model S yang boleh dikendalikan di atas air untuk tempoh masa yang singkat, dan dalam ciapan lain, beliau mendakwa trak pikap elektrik Cybertruck juga mempunyai keupayaan yang sama.

Jelasnya, Cybertruck bakal mempunyai ciri kalis air untuk berubah menjadi sebuah bot dan boleh digunakan untuk merentas sungai, tasik dan laut yang tidak dalam.

Elon Musk turut menambah, trak itu perlu berkeupayaan untuk merentas selat dari tapak Space X ke South Padre Island dengan jarak kurang 500 meter.

Idea gila Elon Musk itu kemudia mendapat teguran daripada jabatan sumber alam Washington yang menghantar satu ciapan balas yang berbunyi:

Elon Musk buat kereta boleh masuk air pula

“Kru kapal kami meminta anda untuk memahami apa jua kenderaan yang boleh ‘berfungsi secara ringkas sebagai sebuah bot’ tidak boleh digunakan sebagai sebuah bot.” – InsideEVs

BACA:

Kisah disebalik kicap Cap Udang yang ramai tak tahu

Meruntun hati Cikgu Fadli Saleh ada pelajar bagi hadiah ni, “jangan buka, saya malu” – Pelajar

Rekod bulatan paling kecil di Malaysia kekal milik Putrajaya

CATEGORIES