‘Elok je kongsi gambar suami di InstaStory’, netizen dakwa cerai hanya jadi sekadar content?

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi, Aisyah Hijanah, yang berkongsi foto suaminya,

Alif Teega, di media sosial semalam, telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi memandangkan Aisyah,

atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, sebelum ini dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Alif baru-baru ini.

Melalui InstaStory, Aisyah memuat naik swafoto Alif yang dirakam ketika mereka sedang bekerja bersama.

'Elok je kongsi gambar suami di InstaStory', netizen dakwa cerai hanya jadi sekadar content?

Walau bagaimanapun, Aisyah tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkongsian tersebut, membiarkan para pengikutnya terus berteka-teki tentang status sebenar hubungan mereka.

“Adakah mereka bercerai atau tidak? Atau ini hanya sekadar konten?” tanya seorang netizen dalam ruangan komen, sambil menambah, “Adakah satu Malaysia sedang ‘dikenakan’?”

Perkongsian tersebut segera menjadi perbualan hangat di kalangan pengikut media sosial, yang tertanya-tanya sama ada pasangan ini benar-benar sedang melalui fasa perceraian atau hanya mencipta kandungan untuk menarik perhatian.

Walaupun Aisyah telah mengesahkan bahawa dia memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada Ogos lalu, dia enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab di sebalik tindakan tersebut.

BACA: Lelaki tak sangka aktiviti kegemarannya jadikan dia jutawan selepas terjumpa ‘lombong emas’