Elak sesak waktu solat raya, 1063 surau turut dibenar dirikan solat

Elak sesak waktu solat raya, 1063 surau turut dibenar dirikan solat

Negeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat sunat Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keputusan itu turut melibatkan kesemua 1,063 surau yang tidak mempunyai tauliah solat Jumaat, bertujuan mengurangkan kesesakan jemaah di masjid dan surau Jumaat pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, surau-surau ini perlu memohon kepada pejabat agama Islam daerah untuk berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di Seremban hari ini.

Menurut Aminuddin, kebenaran membuka semua masjid dan surau untuk solat sunat Aidiladha tersebut telah dipersembah maklum kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam.

Pada masa sama, beliau berkata masjid dan surau tidak dibenar mendirikan khemah di perkarangan premis masing-masing pada hari berkenaan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Mengenai ibadat korban pula, beliau berkata hanya 50 petugas serta dua wakil bagi setiap peserta korban dibenarkan berada di lokasi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/535624

COMMENTS