Ekonomi mencabar 2023, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat

Ekonomi mencabar 2023 Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat

Ekonomi mencabar 2023, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru masyarakat menyematkan azam untuk berjimat cermat dalam menguruskan ekonomi dan gaya hidup harian masing-masing khususnya dalam persekitaran prospek ekonomi dunia yang membimbangkan pada tahun

Menerusi titah perutusan sempena Tahun Baharu 2023, baginda juga mahu semua pihak berganding bahu dan bekerjasama untuk membina kembali negara ini yang semakin pulih selepas fasa pandemik, dan membawa semula ia ke peringkat yang lebih baik dalam semua aspek termasuk sosial, politik dan ekonomi.

“Baginda menggesa setiap ahli masyarakat mengenepikan fahaman politik dan perbezaan luaran dalam usaha mengatasi segala permasalahan dan cabaran yang sedang didepani oleh negara yang kita sayangi ini.

Ekonomi mencabar 2023 Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat

“Baginda tidak mahu ada lagi golongan khususnya ahli-ahli politik yang bertelagah sesama sendiri dan mementingkan kepentingan peribadi semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab masing-masing

untuk berkhidmat kepada rakyat. ‘Less talk, more action’ (Kurangkan bercakap, lebihkan tindakan),” menurut titah perutusan yang dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Negeri Selangor khususnya, dan Malaysia amnya.

Baginda berdua mendoakan, tahun 2023 akan membawa sinar baharu yang lebih gemilang dan cemerlang untuk sekalian rakyat.

“Di tahun yang baharu ini juga, baginda berharap rakyat terus mengutamakan keamanan dan keharmonian serta elakkan daripada menyentuh isu sensitif yang boleh memudaratkan ikatan perpaduan sesama kaum.

“Baginda berdua sentiasa mendoakan supaya sekalian rakyat sentiasa berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Selamat Tahun Baharu 2023!,” menurut titah perutusan itu lagi.

2023: SULTAN SELANGOR, TENGKU PERMAISURI TITAH MASYARAKAT KETEPI FAHAMAN POLITIK

SHAH ALAM, 31 Dis (Bernama) – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini bertitah agar setiap ahli masyarakat mengetepikan fahaman politik dan perbezaan luaran sempena tahun baharu 2023.

Baginda berdua dalam perutusan Tahun Baharu 2023 menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office bertitah supaya usaha itu dilaksanakan dalam mengatasi segala permasalahan dan cabaran yang sedang didepani oleh negara yang disayangi.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin tidak mahu ada lagi golongan khususnya ahli-ahli politik bertelagah sesama sendiri dan mementingkan kepentingan peribadi semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat.

Menurut hantaran itu, di tahun baharu ini juga, baginda berdua berharap agar rakyat terus mengutamakan keamanan dan keharmonian serta mengelak daripada menyentuh isu sensitif yang boleh memudaratkan ikatan perpaduan sesama kaum.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor bertitah mahu semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk membina kembali negara yang semakin pulih selepas fasa pandemik dan membawa semula negara ke peringkat lebih baik dalam semua aspek termasuk sosial, politik dan ekonomi.

Dalam pada itu, baginda berdua mendoakan agar 2023 akan membawa sinar baharu yang lebih gemilang dan cemerlang untuk sekalian rakyat.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin menyeru agar segenap kelompok masyarakat menyematkan azam tahun baharu untuk berjimat cermat dalam menguruskan ekonomi dan gaya hidup harian masing-masing khususnya dalam persekitaran prospek ekonomi dunia yang agak membimbangkan pada tahun hadapan.

BACA JUGA :

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

‘Sampai sekarang aku gigil tengok lelaki ‘bogel’ berdiri depan pintu rumah’

CATEGORIES