Ejen ‘nombor satu’ dan ‘peluang keemasan’ mewarnai politik Sabah

Ejen ‘nombor satu’ dan ‘peluang keemasan’ mewarnai politik Sabah

Seorang wakil rakyat Sabah hari ini membacakan pesanan teks yang dikatakan sebagai bukti usaha sedang dijalankan agar Adun di negeri itu menyokong Perikatan Nasional (PN).

Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) berkata pesanan itu dihantar kepada Anggota Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, dan laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

Pesanan teks dalam bahasa Inggeris itu menyatakan: “Saya telah diarahkan oleh nombor satu untuk berhubung dengan anda. Boleh kita bercakap? Saya ada tawaran.

“YB, Sabah akan bertukar tangan. Jangan lepaskan peluang keemasan. Terima tawaran saya hari ini, saya di Kuala Lumpur.”

Azis tidak mendedahkan identiti “nombor satu” mahupun penghantar pesanan teks itu.

“Saya harap Menteri Dalam Negeri meyiasat perkara ini. Ini adalah satu bentuk gangguan dan percubaan membeli dan rasuah (wakil rakyat) yang wajar dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Beliau juga berkata ada sejumlah Adun Sabah yang didekati dan ditawarkan wang untuk menukar sokongan mereka.

Sebelum ini timbul khabar anging bahawa bekas ketua menteri dan pengerusi Umno Sabah Musa Aman sedang merancang rampasan kerajaan negeri itu.

Terdahulu Adun DAP Sabah dipetik Malay Mail sebagai mendakwa mereka ditawarkan sehingga RM15 juta untuk melompat ke PN.

Ketika dihubungi, Isnairassah berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/535757

COMMENTS