“Eii tak nak la naik wira, pergi ambil Audi sayang”, founder produk ‘jijik’ disuruh naik proton

Oleh INFORAKYAT

“Eii tak nak la naik wira, pergi ambil Audi sayang”, founder produk ‘jijik’ disuruh naik proton. RAMAI usahawan kosmetik di Malaysia menjalani gaya hidup mewah selepas berhempas-pulas menaikkan jenama masing-masing.

Tidak terkecuali tentunya pengusaha produk kecantikan wanita ini yang sering tampil bergaya buat tatapan pengikutnya di media sosial.

Terbaharu, wanita itu menjadi perhatian ramai kerana dilihat tidak selesa ketika diminta menaiki sebuah kereta Proton Wira sejurus tiba di lapangan terbang.

Video wanita itu meraih jutaan tontonan di TikTok.

Dalam video tular itu, kedengaran suara seorang lelaki yang seolah-olah mengusiknya bahawa mereka akan menaiki kereta Wira yang sedang diparkir di tepi sebuah bangunan.

“Kereta kita dah sampai dah. Tu, Wira,” ujar lelaki yang merakam video itu.

"Eii tak nak la naik wira, pergi ambil Audi sayang", founder produk 'jijik' disuruh naik proton

“Eii tak nak la sayang. Pergi ambil Audi sayang, mana?” ujar wanita itu sambil memegang sebuah bagasi merah jambu.

Hidup ikut kemampuan nanti tuhan tarik balik rezeki tu.

Lebih membangkitkan kemarahan netizen, wanita itu turut menulis kapsyen seolah-olah dia jijik dengan kereta keluaran tempatan.

“Turun flight kena naik Wira, ewww. Paksa-paksa naik pula,” ujarnya yang turut meletakkan emoji muntah hijau pada video berkenaan.

Video TikTok itu sehingga kini menerima lebih 3.9 juta tontonan dan turut dihujani hampir 10,000 komen netizen.

Malah, ramai yang turut memberi pesanan bahawa setiap individu akan menaiki van jenazah pada penghujung kehidupan mereka.

“Berianya alahai geli naik Wira. Kaya dunia sementara je la tak payah nak berlagak sangat.

“Hidup ikut kemampuan nanti tuhan tarik balik rezeki tu.

Selain TikTok, video wanita itu turut disebarkan ke laman Twitter.

“Nanti van jenazah juga kita naik.

“Naik keranda je la kalau macam tu,” tulis beberapa netizen yang rata-ratanya menulis komen dalam dialek Kelantan.

Selain dikecam di TikTok, video wanita itu turut disebarkan netizen menerusi Twitter sehingga ada yang memperkatakan tentang rupa parasnya.

“Tak padan dengan gigi berterabur,” tulis seorang pelayar Twitter.

Untuk rekod, wanita itu mempunyai lebih 630,000 pengikut di aplikasi TikTok.

BACA: 

SPRM beku akaun kerana pengubahan wang haram, pemimpin PPBM akhirnya buka mulut

Budak sesak nafas dah setahun tak tahu punca, rupanya ada lintah gergasi melekat