Edar dadah, bekas DJ radio terkenal diarah bela diri

Oleh INFORAKYAT

Edar dadah, bekas DJ radio terkenal diarah bela diri. Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

“Pihak pendakwaan mengemukakan keterangan boleh dipercayai bagi membuktikan elemen kesalahan dalam pertuduhan.

Edar dadah, bekas DJ radio terkenal diarah bela diri

“Penilaian maksimum sudah dibuat berdasarkan keterangan saksi pendakwaan. Tiada pencanggahan dalam kenyataan dibuat mereka.

“Isu dibangkitkan peguam bela tertuduh pula tiada merit dan tiada sebarang isu mengenai identiti dadah. Sekarang beban terletak pada tertuduh untuk mematahkan anggapan dalam pertuduhan terbabit,” katanya.

Hakim memberi tiga pilihan kepada tertuduh berhubung keterangan bakal diambil.

Pilihan pertama adalah memberikan keterangan bersumpah dalam kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan.

Kedua, memberi keterangan dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan pendakwaan tidak boleh menyoal balas keterangan, manakala yang terakhir ialah berdiam diri tanpa menjawab tuduhan.

Ismahalil Hamzah Archives - UtusanTV

Ismahalil kemudian memilih pilihan pertama.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, menawarkan lima saksi termasuk anak guam dalam prosiding bela diri.

“Saya cadangkan tarikh prosiding itu pada 30 dan 31 Mei ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad, tidak membantah cadangan berkenaan sebelum hakim bersetuju dengan tarikh itu.

Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

BACA:

Kecoh Remy Ishak menari dengan Maya Karin, kemain mesra! Lain pula yang netizen nampak

Kaya betul, rumah 27 tingkat tapi didiami hanya 5 orang sahaja? Ini latarbelakang pemilik rumah