Ebit Lew hadiah pakej umrah untuk ibu bapa Allahyarham Zulfarhan

Penceramah bebas, Ebit Lew hari ini berkesempatan berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham di Skudai Johor. Dan sempena hari jadi arwah pada 29 November, Ebit berhajat menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat kedua ibu bapanya.

Tragedi menimpa bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman, diakui meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan kejadian kejam yang berlaku ke atas arwah.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew sangat bersyukur apabila kedua-duanya menerima hajatnya itu dengan gembira.

Ebit Lew hadiah pakej umrah untuk ibu bapa Allahyarham Zulfarhan

Ketika kunjungan itu, Ebit Lew mendapat tahu arwah merupakan juniornya di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya Disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya.

Jelas Ebit Lew lagi, semasa Zulfarhan masih ada, dia turut bercita-cita membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci. Walaupun sudah empat tahun berlalu, mereka terasa anaknya itu sentiasa dekat.

Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.

Di kesempatan itu, penceramah ini berdoa agar kedua ibu bapa Zulfarhan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kekuatan melalui ujian hidup yang diakui sangat berat.

SUMBER :

BACA JUGA : Akibat ketagih video lucah, ayah & abang tiri cabul budak 13 tahun hingga hamil
Whatsapp Group warga emas jadi ancaman pemberian dos penggalak – KJ

CATEGORIES