EAIC rampas 150 fail ‘rasuah’ dari Imigresen Putrajaya, EAIC tu apa ramai nak tahu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengesahkan bahawa

mereka sedang menyiasat skandal sindiket ‘visa perubatan’ yang melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut EAIC, siasatan penuh sedang dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“EAIC mengesahkan bahawa mereka telah hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM di Putrajaya dan melaksanakan penyitaan

Terhadap 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) selaras dengan seksyen 41 Akta 700,” kata agensi tersebut hari ini.

EAIC rampas 150 fail 'rasuah' dari Imigresen Putrajaya, EAIC tu apa ramai nak tahu

EAIC adalah badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan untuk menyiasat sebarang aduan salah laku yang membabitkan pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

JIM pula memberikan jaminan pada petang tadi bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang pegawai yang terlibat dalam sindiket tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan,” kata Ketua Pengarah JIM, Zakaria Shaaban.

EAIC mengesahkan bahawa siasatan penuh sedang dijalankan ke atas aduan tersebut, selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

BACA: PANAS!! PMX dan tiga menteri kena heret ke mahkamah