Dzulkefly beri laluan calon muda di Kuala Selangor, mahu berundur

Dzulkefly beri laluan calon muda di Kuala Selangor mahu berundur

Dzulkefly beri laluan calon muda di Kuala Selangor, mahu berundur. Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersedia memberi laluan kepada calon muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dzulkefly berkata, beliau berhasrat demikian memandangkan sudah berkhidmat selama dua penggal sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor iaitu selepas PRU12 dan PRU14.

“Calon muda perlu diketengahkan untuk menjadi pemimpin pada masa depan. Jika diizinkan, secara jujurnya saya mahu berundur dan cenderung memberi laluan kepada muka baharu pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui di Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri di Kampung Kuantan, pada petang Ahad.

Menurut beliau yang merupakan Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), keputusan mengenai calon diserahkan kepada pucuk pimpinan parti tersebut.

Dzulkefly beri laluan calon muda di Kuala Selangor, mahu berundur

Kata Dzulkefly, Amanah dijangka meletakkan calon di kerusi itu bagi mempertahankan Parlimen Kuala Selangor pada PRU15.

“Calon diketengahkan Amanah harus bersedia sepenuhnya untuk menyandang kerusi ditandingi,” katanya.

BACA:

Isu ayam tiada : Ramai pekerja berhenti sebab tak tahan kena korek najis ayam

Kerajaan Pulau Pinang siapkan rumah mampu milik serendah RM72,500

Wafariena dedah kena santau dengan pentaksub drama 7 hari mencintaiku

CATEGORIES