Duyung cantik ni dah jadi cikgu, “naik semangat ayah hantar anak sekolah..”

Duyung cantik ni dah jadi cikgu naik semangat ayah hantar anak sekolah

Duyung cantik ni dah jadi cikgu, “naik semangat ayah hantar anak sekolah..”. Dikenali sebagai Duyung Darat, personaliti media sosial dan usahawan ini bukanlah asing lagi buat pengguna media sosial mahupun di platform Youtube dan Tiktok. Ini kerana gadis berkenaan menjadi salah seorang influencer yang sering mencuit hati ramai dengan muat naik content lucu daripadanya.

Pernah tular dengan rakaman yang menghiburkan netizen, Duyung Darat juga semakin aktif dalam bidang perniagaan. Namun begitu, siapa menyangka dalam diam-diam dia juga kini bergelar seorang cikgu.

Duyung Darat melalui satu muat naik terbaharu diruangan TikTok miliknya hangat menjadi perhatian ribuan warganet apabila dia berkongsikan perkembangannya yang terkini sedang dia lakukan sehingga perkongsiannya yang disertakan dengan rakaman video berdurasi beberapa saat ini ditinggalkan ribuan tanda suka.

Melalui rakaman pada awalnya menunjukkan hobi yang suka dilakukan Duyung Darat namun siapa menyangka dalam melakukan hobinya, dia dalam pada masa sama mengejar cita-citanya sebagai cikgu.

Video dikongsikan Duyung Darat di akaun platform TikTok miliknya itu dengan berharap doa agar dia berjaya membuatkan warganet meninggalkan ratusan komen positif buatnya yang merasa bangga dengan kejayaannya itu.

Duyung cantik ni dah jadi cikgu, "naik semangat ayah hantar anak sekolah.."

Dalam pada itu, Duyung Darat dijadikan sebagai inspirasi kerana dalam menghiburkan netizen, dia berhasil mengejar cita-citanya sebagai seorang cikgu yang juga mendapat respek daripada netizen.

@_duyung.daratWish me good luck ! FIRST DAY SMEKS❤️

♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie

“Ini baru la serba boleh, ada bisnes, ada kerjaya. Terbaik”

“Tahniah cikgu”

“Cepatnya masa berlalu…”

“Wah cepat juga masa berlalu jadi cikgu pulak si Duyung…”

BACA:

Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam

Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil

Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan..

CATEGORIES