Seorang warga emas berusia 80 tahun telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 18 tahun,
Menarik perhatian pengguna media sosial, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Walaupun terdapat perbezaan usia sekitar 62 tahun, pasangan dari Indonesia ini tetap melanjutkan hubungan mereka ke alam perkahwinan.
Dalam sebuah klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muzaha.ibh,
pasangan pengantin dapat dilihat duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah.
Pengantin lelaki dilaporkan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM14,462) serta beberapa hantaran berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) secara keseluruhan. Hantaran tersebut termasuklah tiga ekor lembu dan sebuah motosikal.
“Saya terima nikahnya Ayu Wulandira (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah,” kata warga emas tersebut.
Walau bagaimanapun, pengantin wanita kelihatan tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya diam, seolah-olah tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
BACA: Boss kiriman syurga cari 400 bekas pekerja 20 tahun lalu, terdetik hati nak beri bonus