‘Dunia dah semakin hampir’, burung yang pupus 172 tahun lalu muncul di Indonesia

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Dua penduduk Kalimantan Selatan telah menjalani pengalaman yang sangat istimewa apabila mereka menemui sesuatu yang telah lama ‘lenyap’ dari dunia.

Pada bulan Oktober tahun 2020, Muhammad Suranto dan Muhammad Rizky Fauzan sedang mengumpulkan hasil hutan di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka.

Ketika itu, mereka membuat penemuan yang mengejutkan – satu spesies burung yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

'Dunia dah semakin hampir', burung yang pupus 172 tahun lalu muncul di Indonesia

Tanpa berlengah, mereka membuat keputusan untuk menangkap burung itu. Setelah berjaya menangkapnya, mereka mengambil gambar burung tersebut dari pelbagai sudut sebelum melepaskannya semula ke alam semula jadi.

Mereka kemudian berkongsi penemuan mereka dengan kumpulan peminat burung tempatan, BW Geleatus.

Foto-foto burung tersebut segera menjadi perbualan hangat di kalangan peminat burung, dan penemuan itu turut dikongsikan dengan pakar zoologi Indonesia.

Pada 9 Oktober 2020, seorang Peneliti Ornitologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) yang dikenali sebagai Mohammad Irham mengesahkan bahawa burung tersebut adalah dari keluarga Malacocincla.

Burung tersebut akhirnya diiktiraf sebagai pelanduk Kalimantan (Malacocincla perspicillata), satu spesies burung yang dilaporkan telah pupus sejak lebih daripada 172 tahun yang lalu.

Penemuan ini bukan sahaja mengejutkan, tetapi juga memberi kegembiraan kepada para ahli biologi.

Ketika ditemui oleh pihak BBC Indonesia, Rizky Fauzan berkongsi bahawa mereka tidak menyangka bahawa burung tersebut begitu istimewa. Mereka seakan tidak percaya bahawa mereka telah menemui spesies burung yang dilaporkan telah pupus melebihi 172 tahun yang lalu.

BACA: Resepi sos Thai pedas, manis, masam rasa sebijik macam gi seberang