Dulu nak drive pun tak boleh, sekarang wanita di Arab Saudi dah boleh sertai tentera, Kenapa sekarang boleh, dulu tak boleh?

Oleh INFORAKYAT

Dulu nak drive pun tak boleh, sekarang wanita di Arab Saudi dah boleh sertai tentera, Kenapa sekarang boleh, dulu tak boleh?

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar berita pasal apa yang jadi kat Arab Saudi.

Walaupun negara Arab ni jauh dari Malaysia, tapi ia tetap jadi tumpuan orang Malaysia. Sebab kat negara ni je yang ada Mekah dan Madinah.

Dulu nak drive pun tak boleh, sekarang wanita di Arab Saudi dah boleh sertai tentera, Kenapa sekarang boleh, dulu tak boleh?

Semua ni jadi bila Raja Salman al-Saud pecat Putera Mahkota (anak saudaranya), dan lantik anaknya sendiri jadi Putera Mahkota. Tak lama lepas tu pulak, kita dengar yang Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain putuskan hubungan dengan Qatar.

Selain tu, Arab Saudi juga jadi tumpuan dunia sebab diorang berperang dengan puak Syiah kat Yemen.

Tak habis lagi pasal benda ni, kita dikejutkan pulak dengan tindakan Arab Saudi yang tangkap ramai orang ternama termasuk kerabat diraja kat negara tu atas tuduhan rasuah. Tak cukup lagi, baru-baru ni Raja Salman dah pecat Jeneral tentera negara tu. Termengah-mengah kita kalau nak kejar berita-berita ni.

Tapi di sebalik pelbagai isu kontroversi ni, ada satu perkara yang menarik perhatian dunia pasal Arab Saudi. Hal tu adalah tindakan negara tu yang semakin terbuka dan bagi hak asasi kepada wanita. Dalam kes terbaru, wanita kat sana sekarang dah dibenarkan masuk angkatan tentera. Benda ni agak mengejutkan, sebabnya dulu wanita nak drive pun tak boleh.

Sebelum kita cerita lebih pasal keterbukaan Arab Saudi sekarang ni dan mungkin akan datang. Adalah lebih baik kalau kita kenal dulu apa itu Arab Saudi.

Agak payah sebenarnya nak faham macam mana negara ni berfungsi

Walaupun kita semua kenal dengan Arab Saudi, tapi sebenarnya tak banyak yang dunia tahu pasal negara ni. Setakat apa yang kita tahu, Arab Saudi tu lahir bila jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah lepas Perang Dunia Pertama (WW1).


Seorang ketua kabilah Arab – Abdul Aziz al-Saud dah satukan beberapa wilayah kat Semenanjung Arab dan bentuk kerajaan sendiri pada tahun 1932.

Maka jadilah Arab Saudi yang mana perkataan ‘Saudi’ tu berasal dari Abdul Aziz al-Saud nama Raja pertama negara tu. Tak macam Malaysia, negara ni amalkan kerajaan raja berkuasa mutlak dan jadikan al-Quran dan sunnah Nabi sebagai perlembagaan negara. Tentang macam mana negara ni berfungsi, seorang bekas diplomat Amerika pernah kata yang dia sendiri tak faham macam mana Arab Saudi buat sesuatu keputusan.

Apa yang kita tahu, negara tu ada satu badan yang dikenali sebagai Majlis Syura (bukan Majlis Syura PAS) atau The Consultative Assembly. Dikatakan majlis ni ada 150 orang ahli dan kesemuanya dilantik oleh raja. Apa yang majlis ni buat adalah ia jadi badan penasihat yang bagi cadangan kepada raja.

Selain tu, ada juga Council of Ministers atau Majlis Menteri. Majlis ni pulak ada kuasa untuk keluarkan apa-apa peraturan, tapi peraturan tu masih lagi kena dapat perkenan dari Raja. Tapi bila cakap pasal Saudi, kita tak terlepas dari kaitkannya dengan gerakan/aliran Wahabi. Sebenarnya, aliran ni mainkan peranan yang cukup kuat dalam Saudi dari dulu sampailah sekarang.

Sebabnya, kat sana ada Majlis Ulama Kanan yang akan menasihatkan raja dalam isu-isu agama. Apa yang pasti aliran Wahabi sangat berpengaruh dalam majlis ni, malah Mufti Besar Arab Saudi sekarang pun berasal dari keturunan Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas aliran Wahabi).

Walaupun ramai ulama dalam aliran ni sangat konservatif, tapi sejak Raja Salman lantik anaknya jadi Putera Mahkota, Arab Saudi nampaknya makin terbuka. Jadi kita nak tahu juga, siapa Putera Mahkota ni dan apa visinya?

Dengan banyak kelonggaran terhadap wanita sekarang ni, ia dikaitkan dengan peranan Putera Mahkota Mohammad Bin Salman. Siapa dia ni?

Muhammad Bin Salman (MBS): Putera Mahkota yang cuba nak jadikan negaranya lebih sederhana

Sejak Raja Salman naik takhta, banyak perubahan yang jadi kat Arab Saudi termasuklah isu hak asasi wanita. Masa zaman Raja Salman lah wanita kat sana dibenarkan memandu. Selain tu banyak lagi kelonggaran yang dibagi kepada wanita, macam:

Boleh masuk stadium kalau nak tengok bola.

Mansuhkan undang-undang ‘Pematuhan rumah tangga‘ yang paksa wanita balik ke rumah suami tanpa rela.

Wanita dah boleh ada gym sendiri.

Wanita boleh buka perniagaan tanpa dapatkan izin suami atau saudara lelaki.

Wanita atas 25 tahun boleh melancong ke Arab Saudi sorang-sorang tanpa bawa mahram.

Wanita tak wajib pakai abaya atau jubah labuh.

“Lebih 90 peratus wanita Islam yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya. Oleh itu, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya.” – Sheikh Abdullah al-Mutlaq, Ahli Majlis Ulama. Dipetik dari The New Arab.

Jadinya, diorang tak lah tengok bola kat TV je. Imej dari New York Times.

Selain tu, media juga laporkan yang Arab Saudi baru-baru ni kata – diorang dah bersedia untuk jadi hub hiburan global. Dalam satu kenyataan, dikatakan Arab Saudi akan anjurkan 5,000 acara kat 56 bandar seluruh negara itu. Acara tu termasuklah, persembahan langsung, pesta dan konsert.

“GEA (Lembaga Hiburan Umum) berbangga dapat menjadi salah satu pemacu transformasi di Kerajaan Arab Saudi, menerusi tujuan jelasnya untuk membangunkan industri hiburan bertaraf dunia yang akan meletakkan kerajaan Arab Saudi dalam peta pelancongan dan hiburan global.” – Ahmed Al Khatib, Pengerusi GEA. Dipetik dari PR Newswire.

Kalau dulu, acara macam ni jangan haraplah boleh ada kat Saudi. Tapi nampaknya sekarang ni negara tu dah semakin terbuka. Semua ni jadi bila Raja Salman naik takhta dan bertambah ketara bila anaknya MBS dilantik jadi Putera Mahkota. Ramai pemerhati yang nampak Mohammad lah yang main peranan besar dalam hal ni.

“Jadi jika hendak disabitkan kepada individu mengapa perubahan berlaku, maka Mohammad adalah orang yang bertanggung jawab. Tetapi secara dasarnya semua perubahan yang dinyatakan itu terutama yang babitkan hak wanita terkandung dalam Visi 2030 yang punya strategi untuk bawa negara itu ke arah yang lebih baik makmur sederhana dan maju.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Katanya kepada SOSCILI.

Sebenarnya sejak tahun lepas lagi, MBS dah kata yang dia akan kembalikan Saudi kepada sistem Islam sederhana. Dan hal ni makin nampak ketara dengan banyak kelonggaran yang diberikan sekarang ni.

Menurut Azmi lagi, tindakan MBS yang tangkap ramai orang kenamaan, termasuk kerabat diraja atas alasan membenteras rasuah juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menteluskan urus tadbir Arab Saudi. Walaupun macam tu, ia masih lagi tak dapat lari dari dakwaan yang kata MBS buat macam tu sebab nak kukuhkan kuasa.

Imej asal dari hurriyyet.org
Dalam hal lain pulak, dengan keterbukaan yang semakin ketara ni, MBS juga mungkin akan dapat tentangan dari golongan konservatif Wahabi. Tapi…

“Memang menjadi cabaran berhadapan dengan kumpulan yang konservatif aka Wahabism tetapi MBS (Muhammad Bin Salman) telah mempamerkan tiada sikap tolak ansur dalam memerangi rasuah sehingga Putera Raja pun ditahan dan ini adalah mesej jelas kepada penentang visinya.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Katanya kepada SOSCILI.

Selain tu, visi ni juga berkait rapat dengan transformasi pembangunan ekonomi Arab Saudi.

Dengan pasaran minyak yang semakin tak menentu sekarang. Arab Saudi terpaksa ubah cara ekonominya supaya tak berharap sangat dengan pengeluaran minyak, walaupun negara tu jadi pengeluar kedua terbesar minyak dunia. Saudi juga baru-baru ni perkenalkan cukai VAT yang sama konsep dengan GST. Malah Saudi juga naikkan harga minyak sebanyak antara 80% sampai 126%.

Munurut Azmi, semua usaha ni adalah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara tu. Apa yang lebih menarik, banyak persamaan antara apa yang Saudi buat dengan apa yang Malaysia buat.

“Tidak keterlaluan juga jika dikaitkan dengan Visi 2030 mereka sebahagian acuannya adalah dari Malaysia di mana sedekad lepas kita bergantung 40 peratus dari hasil minyak tetapi sekarang hanya 14 peratus.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Katanya kepada SOSCILI.

Apa yang jadi cabaran untuk rakyat Saudi sekarang adalah usaha kerajaan negara tu yang nak hapuskan banyak subsidi. Kat sini, sekali lagi kita boleh nampak cara Saudi yang agak sama dengan Malaysia.

“Sebab itu apabila harga petrol dinaikkan 8 kali ganda beberapa minggu lepas. Kerajaan (Saudi) memberi imbuhan kepada penjawat awam untuk redakan kemarahan. Strategi ini serupa dengan konsep kita hapus subsidi minyak tapi perkenal BR1M iaitu subsidi sasaran. Sebab itu saya katakan Visi 2030 mereka ikut acuan Malaysia.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Katanya kepada SOSCILI.

Kestabilan kat Timur Tengah bergantung kepada Arab Saudi dan Iran

Sejak tahun 2015, golongan wanita dah pun dibagi hak untuk mengundi dan seorang menteri wanita pun dah dilantik. Dalam masa sama, ada juga beberapa aktivis wanita kat negara tu yang ditahan. Pada tahun lepas jugak, Arab Saudi dah jadi ahli dalam United Nations Commission on the Status of Women.

Sekarang ni, Saudi nampaknya menuju ke arah baru yang lebih sederhana, normal dan moden.
Tapi dalam masa sama, konflik kat Palestin, Libya, Iraq, Syria dan Yemen tetap terus merosakkan keamanan di rantau Timur tengah. Sehingga ke hari ini, kita masih lagi tak nampak jalan penyelesaian terbaik untuk masalah-masalah ni.

Arab Saudi pulak sekarang ni masih lagi berusaha nak kekalkan pengaruhnya kat rantau Timur Tengah, dalam mengimbangi pesaingnya Iran. Pada Julai lepas, 15 orang dah dihukum mati sebab dituduh bersalah jadi spy Iran. Konflik yang terjadi kat Yemen juga sebenarnya adalah medan pertempuran antara Saudi dan Iran. Semuanya akan berakhir kalau…

“…kestabilan dapat dicapai dengan salah satu daripada dua keadaan ini berlaku. Ia adalah sama ada satu pihak berjaya menjadi dominan dengan pihak yang satu lagi tidak berupaya mencabarnya.

Ataupun kedua-dua pihak mencapai pada satu kedudukan setaraf, atau sama-sama kuat yang menyebabkan mereka menerima keadaan sedia ada.” – Zin Mahmud

BACA:

Kenapa Presiden Pas dianggap manusia paling ‘lalang’ dalam dunia politik, ini sebabnya

“Aku ni tengah struggle berpantang sibuk nak cek anak kuning, sana sini bengkak rupanya laki aku bengkakkan hati aku pulak!