Dulu kita pembangkang, sebab tu berapi-api bawa RUU355 – Tuan Ibrahim

Dulu kita pembangkang, sebab tu berapi-api bawa RUU355 – Tuan Ibrahim

Isu pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang hangat diperkatakan khususnya oleh Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai desakan disanggah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS yang menjadi sebahagian parti pemerintah tidak perlu lagi memainkan peranan untuk mendesak dalam sesuatu perkara sebaliknya mengemukakan cadangan.

Mengulas mengenai usul dalam mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan katanya, banyak usul yang dikemukakan bersifat pembangkang sedangkan PAS kini adalah kerajaan.

“Saya tengok usul-usul semalam dan hari ini dari beberapa tempat, banyak usul bersifat pembangkang. Kita banyak usul bersifat pembangkang, mendesak, mendesak, mendesak. Mendesak siapa? Mendesak kerajaan. Kita desak kita.

“Dulu (kita) pembangkang tak apa kita desak kerajaan – sebab kerajaan itu bukan kita. Tapi sekarang kita kerajaan, kalau kita desak maknanya kita desak kita, kalau kita marah, kita marah kita. Maka selain mendesak pihak pemerintah, pendekatan mengemukakan cadangan apa yang patut kita buat sebagai kerajaan, apa yang patut kita buat.

“Contoh dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dalam parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355 untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang.

“Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Temerloh, Pahang, hari ini.

Ucapan itu disiarkan secara langsung melalui Facebooknya.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, apabila menjadi kerajaan banyak perkara yang perlu dilakukan oleh PAS dalam usaha menjadikan RUU355 satu kenyataan.

“Contoh dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dalam parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355 untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang.

“Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Temerloh, Pahang, hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536170?

COMMENTS