Dulu kata isytihar harta idea komunis, kini bersediakah Hadi laksanakannya?

Dulu kata isytihar harta idea komunis, kini bersediakah Hadi laksanakannya?

Sebelum tu nak tanya kepada Muhyiddin siapa Ahli Parlimen PN yang dimaksudkan?

Adakah keseluruhan Ahli Parlimen PN termasuk Umno, Pas, MCA, MIC, GPS dan beberapa Ahli Parlimen yang menyokong kamu?

Hari ini Muhyiddin memohon semua Ahli Parlimen PN perlu bersedia isytihar harta.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/704379/ahli-parlimen-pn-perlu-bersedia-isytihar-harta

Adakah ahli parlimen Bagan Datoh telah bersedia isytihar harta?
Adakah ahli parlimen Pekan sudah bersedia isytihar harta?
Adakah ahli parlimen Putrajaya sudah bersedia isytihar harta?

Yang menjadi bingung adakah Duta Khas Timur Tengah akan mengisytiharkan hartanya? Rakyat tak lupa bagaimana duta khas Timur Tengah mengeluarkan kenyataan bahawa idea isytihar harta merupakan teori komunis dan sosialis. Masihkah duta khas ingat?

http://www.astroawani.com/berita-politik/idea-isytihar-harta-merupakan-teori-komunis-dan-sosialis-pas-211896

Sudah bersediakah Umno, Pas, GPS telah mengiktiraf kerajaan PN dan menganggapkan Muhyiddin sebagai ketua?

Ahli parlimen Pas nak isytiharkan harta ke tak? Nak ikut cakap Muhyiddin atau Hadi? Jangan lupa dalil taat kepada pemimpin.

Harap harap jangan jadi Perdana Menteri perasan dan muka tak tahu malu ajer.

COMMENTS