Masih ada ibu bapa yang bersikap pentingkan diri dan memilih kasih antara anak dan menantu.
Lebih teruk anak sendiri dilayan asal boleh agar hati menantu lain tak terasa dan tidak pernah marah dek kerana ‘sayang’.
Seorang wanita meluahkan pengalaman bagaimana dirinya dilayan bagai orang asing walaupun perempuan anak perempuan tunggal.
Di bawah adalah luahan perasaan tersebut.
Mak aku ni jenis ada memilih kasih, dia ada anak kesayangan dan menantu kesayangan.
Memandangkan aku ni anak sulung dan perempuan tunggal (selebihnya adik beradik lelaki), mak mula layan aku macam orang asing.
Dah 10 tahun berlaku, aku ni ibu tunggal dan kerja pula biasa-biasa bukan kerja macam anak dia yang lain.
Sebelum ni aku dan anak-anak menumpang rumah ibu bapa, kemudian adik bongsu aku yang baru kahwin pun duduk tempat sama.
Kami anak beranak, dibibikkan oleh keluarga sendiri. Makan hati tapi pendam je, sebab menumpang. Dan pada masa, waktu tu memang tengah susah.
Bila aku dah pindah keluar, mak aku dibibikkan dek anak kesayangan dan menantu pula. Tahu pula dia mengadu dekat aku.
Mak aku pun satu tak sanggup menegur anak menantu sebab takut mereka terasa hati tapi dengan aku sikit pun tak jaga hati.
Masa duduk sama dulu, salah sikit di mata mak terus dia perli dan marah aku, tak ada berlapik langsung.
Bulan sembilan baru-baru ni, mak aku beria suruh balik sebab menantu kesayangan dia balik kampung.
Jadi aku tak sampai hati menolak dan tidurlah satu malam. Masa itulah dia mencurah rasa mengenai menantu, bila suruh tegur terus terdiam.
Bila menantu dia tak ada, elok sahaja layan kalau aku mesej atau hubungi tapi bila menantu dia ada, memang lambat dia nak balas.
Waktu tu aku sedarkan diri, aku ni tak ada makna pun dalam hidup mak, tak apa aku dah terima dengan takdir ni.
Sekarang aku jaga hati aku dan anak-anak sebab mereka pun jadi mangsa pilih kasih atok nenek mereka.
Aku lebih luangkan masa dengan anak-anak. Cukuplah, biar tak tak ramai asalkan kami tenang dan bahagia.
Baca juga: Punca vandalisme, pili bomba tak boleh digunakan putih mata tengok rumah terbakar