Duit dijumpai biasanya dipulangkan, lain halnya dengan warga kayangan ‘mangsa scam’

Duit dijumpai biasanya dipulangkan, lain halnya dengan warga kayangan ‘mangsa scam’

Ini cerita berkenaan dua insan istimewa dan seorang manusia luar biasa.

Insan pertama seorang pemandu teksi di Melaka. Insan kedua seorang pelajar Malaysia di Australia. Manusianya pula bekas pegawai nombor satu Malaysia.

Si pemandu memulangkan duit penumpang yang tercicir di dalam teksinya. Jumlahnya amat besar bagi seorang pemandu teksi – empat ribu dolar Australia.

Si pelajar memulangkan duit RM1,600 yang tersalah masuk ke dalam akaunnya atas dasar pekerti mulia.

Manusia nombor satu Malaysia (MO1) pula dikatakan oleh peguamnya menjadi mangsa “scam” (penipuan) apabila RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya.

Konon-kononnya si Jho Low yang memasukkannya dan MO1 membelanjakannya tanpa banyak kira bicara.

Kalaulah ditakdirkan MO1 bagi balik duit RM42 juta itu macam pemandu teksi, Abdul Rafique bagi balik duit pelancong Australia dan pelajar, Wendy Lim pulangkan duit yang tersalah masuk ke akaun dia, maka tidaklah timbul kes rasuah dan perbicaraan di mahkamah.

Moral ceritanya adalah kalau kita nampak ada duit yang tidak sepatutnya masuk ke dalam akaun kita, eloklah kita periksa dulu dengan bank sebelum belanja beli jam Hublot untuk diri sendiri dan bag Birkin untuk bini.

Manalah tahu kita kita jadi mangsa “scam” oleh Jho Low dan pak-pak Arab durjana.

Terima kasih.
Sumber:


COMMENTS