Dua Tahun Menyamar Jadi Doktor Kerja Di Hospital dan gaji RM2,286, Gara – Gara Temuduga Melalui Video Call Je

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang lelaki berkelulusan sekolah menengah ‘berjaya’ memperoleh pekerjaan sebagai doktor di sebuah hospital, gara-gara hanya ditemuduga menerusi panggilan video.

Dia turut mendapat gaji pokok berjumlah RM2,286 (7.5 juta rupiah) di samping beberapa elaun tambahan dan keistimewaan yang ditawarkan.

Apa yang mengejutkan penyamarannya itu berlanjutan selama dua tahun.

Dua Tahun Menyamar Jadi Doktor Kerja Di Hospital dan gaji RM2,286, Gara - Gara Temuduga Melalui Video Call Je
Malah penipuannya itu hanya disedari semasa dia membuat permohonan untuk melanjutkan kontrak pekerjaan di Hospital Pelindo Husada Citra (PHC) Surabaya di Indonesia baru-baru ini.

Pelik dengan dokumen yang diberikan, dia kemudiannya ditahan dan dibicarakan di mahkamah pada 11 September lalu.

Menurut pendakwaan, dia yang dikenali sebagai Susanto telah menukar nama kepada Dr Anggi Yurikno dan membuat permohonan sebagai pegawai perubatan pada April 2020.

Pada masa itu, PHC telah membuka kekosongan jawatan dalam bidang perubatan.

“Dia telah memalsukan semua dokumen yang diperlukan untuk jawatan berkenaan termasuk surat pengakuan ijazah kedoktoran serta sijil perubatan.

“Semua dokumen tersebut telah diambil di laman sesawang sebelum dia memohon menerusi emel,” katanya seperti dilaporkan semasa pendakwaan.

Selesai saja permohonan, lelaki terbabit yang dipanggil temuduga khas menerusi panggilan video turut lulus dan diminta mula berkhidmat pada Jun 2020.

BACA: Siapa sangka sandal buruk ini boleh dijual dengan harga mencecah RM1 juta! Rupanya ada kaitan dengan staf Apple