Dua lelaki bertumbuk hanya kerana Touch n Go, sekali kain pelikat jadi perhatian netizen

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang lelaki terlibat dalam pergaduhan dengan penjaga tol di Plaza Tol Perling pada Ahad lalu

selepas tidak berpuas hati kerana sistem ‘Touch n Go’ (TnG) yang terdapat dalam MyKad tidak dapat digunakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, mengesahkan

Bahawa pihaknya telah menerima laporan polis daripada kedua-dua lelaki warga tempatan yang berusia 30-an pada pukul 10.11 pagi semalam, menurut laporan Harian Metro.

Kerajaan Negeri Pahang juga terkejut dan tidak mengetahui perancangan untuk membina plaza tol di Genting Highlands.

Dua lelaki bertumbuk hanya kerana Touch n Go, sekali kain pelikat jadi perhatian netizen

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 29 September sekitar jam 1.15 petang di pondok Plaza Tol Perling yang menghala ke Iskandar Puteri.

“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui MyKad tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang yang mencukupi untuk melepasi palang tol.

“Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dan lelaki tersebut, yang menyebabkan pergaduhan dan mengakibatkan kedua-duanya cedera ringan di badan dan muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan gaduh gempar, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya.

BACA: Gara-gara air pasang besar, Tesla terendam air masin terbakar tak sampai seminit