Dua beradik rentung dalam rumah, pintu terkunci tak boleh keluar

Dua beradik rentung dalam rumah, pintu terkunci tak boleh keluar

Dua beradik rentung dalam rumah, pintu terkunci tak boleh keluar. Dua beradik ditemukan rentung selepas rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 3.54 pagi tadi.

“Seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dua beradik rentung dalam rumah, pintu terkunci tak boleh keluar

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya menemui dua mangsa iaitu masing-masing dua kanak-kanak berusia sembilan dan enam tahun, rentung, dalam kejadian itu.

“Kanak-kanak yang ditemukan rentung itu Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9 dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

“Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah,” katanya.

BACA JUGA :

Ekonomi mencabar 2023, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

CATEGORIES