Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London

Oleh INFORAKYAT

Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London. Tidak kiralah apa juga impian yang terbuku dalam hati kalian, pendidikan adalah satu perkara yang tidak wajar dilupakan begitu sahaja.

Malang sekali apabila sebilangan remaja dalam era digital ini ‘termakan hasutan’ beberapa ahli perniagaan muda serta pempengaruh di media sosial yang beranggapan sijil pendidikan bukanlah tiket kepada kejayaan dalam kehidupan.

Tanggapan tersebut tidak seharusnya disemat dalam pemikiran remaja. Sudah tentu banyak sebenarnya kelebihan yang diperolehi oleh para pelajar sepanjang melanjutkan pengajian sama ada semasa berada di dalam kelas mahupun daripada pengalaman bergelar mahasiswa atau mahasiswi itu sendiri.

Tidak kira pangkat dan status kehidupan, seorang remaja harus sentiasa bercita-cita tinggi bagi memiliki pendidikan formal sebagaimana yang dicapai oleh dua anakanda KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua baru-baru ini telah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia (YAM) anakanda-anakanda Baginda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom semalam.

Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London

YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.

Manakala, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Kejayaan mereka berdua ini sekaligus menyampaikan mesej bahawa pendidikan tidak sama sekali berkait dengan status seseorang remaja. Tidak kiralah sama ada korang melanjutkan pelajaran di dalam mahupun di luar negara; atau apa juga jurusan yang diambil. Berbekalkan minat, semangat tidak putus asa dan kesungguhan; mana-mana remaja juga boleh bergelar graduan satu hari nanti.

Pada majlis graduasi ini, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Foto: instagram Negara

BACA:

Netizen puji sambutan birthday cucu Billionaire ‘biasa-biasa’ je, kek dan belon je!

Nak jimat petrol, pelajar nekad naik gajah ke sekolah curi tumpuan

Rogol remaja perempuan, penceramah bebas terkenal ditahan polis