DSV bawa bunga emas bernilai RM500K ganti beg tangan

DSV bawa bunga emas bernilai RM500K ganti beg tangan

DSV bawa bunga emas bernilai RM500K ganti beg tangan. Usahawan terkenal Datuk Seri Vida mencuri perhatian warganet apabila muncul pada majlis perkahwinan rakannya apabila membawa bunga tangan emas 916 dengan harga RM500,000.

Vida, 51, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, bunga tangan emas itu adalah koleksi terbaharu dimiliki bagi menggantikan tas tangan.

“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.

“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya kepada Harian Metro.

Selain bunga tangan emas itu, Vida juga sering dilihat menggayakan rantai dan gelang tangan emas bersaiz besar dengan anggaran keseluruhan RM1 juta.

DSV bawa bunga emas bernilai RM500K ganti beg tangan

“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar. Tak banyak tak apa, janji kena bersaiz besar.

“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” katanya.

Disebabkan itu, menurut Vida dia mengupah beberapa pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan.

BACA:

Tayar lori tercabut hentak bumbung Perodua Aruz sampai berlubang

Kucing ni dah macam manusia suka mandi hari-hari, “satu dalam sejuta macam ni”

Akim Ahmad kongsi pengalaman jaga Isa buat ramai teruja

CATEGORIES