Dr. Rafidah tegur pembuatan crepe viral, ramai yang salah anggap

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Doktor Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah tampil memberi teguran terhadap pembuatan manisan iaitu crepe yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.

Mengundang penyakit kronik

Menerusi ciapannya di platform X, Dr Rafidah berkata manisan tersebut sepatutnya menggunakan bahan-bahan makanan yang sihat seperti buah-buahan.

Dr. Rafidah tegur pembuatan crepe viral, ramai yang salah anggap

Namun penghasilan crepe yang mengandungi gula dan krim semata-mata boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan.

Crepe yang saya tahu ada buah-buahan. Bukan seperti ini, macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja.

crepe dr rafidah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah malah mereka juga menzahirkan kebimbangan dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar makanan manis.

BACA: Lelaki nyaris maut ditikam isteri dalam bilik hotel, rupanya minta izin ‘kedi golf’ jadi perempuan simpanan