Tiada sesiapa yang boleh menafikan kepentingan figur Dr. Nor Hisham Abdullah, atau lebih akrab dipanggil sebagai DG Hisham, dalam menangani dan mengendalikan wabak Covid-19 di negara ini beberapa tahun lalu.
Walaupun beliau kini telah bersara dari jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di KKM, sumbangan beliau masih menjadi perbualan di kalangan rakyat.
Malah, beberapa anak muda ada yang memimpikan untuk menjadi seperti beliau apabila dewasa nanti.
Melalui satu video yang dimuat naik di akaun TikTok bfmradio, pihak mereka telah melakukan temu ramah dengan ikon negarawan tersebut, yang telah berkongsi sebab memilih bidang perubatan khususnya.
Apabila ditanya sama ada DG Hisham memang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak kecil, beliau mendedahkan bahawa pada satu ketika dahulu, beliau sebenarnya bercita-cita untuk menjadi pegawai agama atau mufti.
Kisahnya bermula ketika beliau masuk Kolej Islam Klang di mana beliau ditempatkan dalam aliran sains walaupun beliau awalnya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran sastera untuk mempelajari agama.
Ustaz yang membimbingnya pada masa itu menasihatinya untuk mengambil aliran sains kerana beliau melihat kurangnya profesional perubatan dari kalangan individu Islam.
Oleh itu, beliau mengubah pendiriannya dan memilih untuk meneruskan pembelajaran dalam aliran sains seperti yang dicadangkan.
“Tidak, tidak boleh. Saya rasa kita mempunyai ramai pelajar agama. Tetapi kita tidak mempunyai cukup doktor sekarang.
“Saya mahu awak memberi tumpuan untuk menjadi seorang doktor,” berkongsi DG Nor Hisham kepada pemberi temu ramah mengenai sebab beliau memilih menjadi doktor.
Bagi beliau, pemilihan ustaz untuk itu mungkin disebabkan oleh pengamatan bakat yang terdapat pada dirinya.