Dr MAZA digesa tunai janji kritik PN

Dr MAZA digesa tunai janji kritik PN

Dr. Asri adalah satu-satunya Mufti di negara ini yang paling suka sekali buat kenyataan2 politik.

Saya tidak akan tujukan gesaan untuk meminta dia supaya bersuara dalam isu yang ingin saya bangkitkan di sini jika bukan kerana hobinya suka membuat kenyataan2 politik. Dialah juga orangnya yang telah menyampaikan banyak ceramah2 agama yang mengupas tentang ayat2 Quran dan hadis2 sahih bertemakan keadilan sosial kerana dia bersemangat ingin melihat keadilan tertegak demi membela hak rakyat supaya tidak dinafikan dan dipermain-mainkan oleh pemerintah.

Paling saya pegang sekali ialah janjinya baru2 ini untuk menegur dan mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) “pintu belakang” ini jika buat benda2 pelik. Dia berkata begini dalam posting FB-nya pada 8 Mac 2020 lalu.

“Rakyat inginkan kerajaan yang dianggotai oleh para menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat. Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan.

Saya bersama rakyat yang lain menanti berita baik esok hari. Saya menyokong kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara. Saya bersama-sama rakyat marhaen yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. *Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku*.”

Demikianlah janji Dr. Asri kepada kita. Yang paling power sekali ialah ayat terakhir yang saya bold dan underline itu.

Dalam posting tersebut, Dr. Asri puji Muhyiddin Yassin melangit sehari sebelum Muhyiddin mengumumkan nama jamaah menterinya yang kononnya adalah pemimpin2 bersih dan bebas dari rasuah selepas melepasi tapisan SPRM dan PDRM

Baiklah. Mungkin Dr. Asri terlepas pandang mengenai isu yang paling hangat pada waktu ini. Oleh itu, saya ingin bawa perhatiannya kepada isu tersebut sekarang.

Isu yang saya maksudkan di sini ialah mengenai tindakan Peguam Negara “membebaskan tanpa melepaskan” Riza Aziz dari pendakwaan mencuri duit rakyat melibatkan skandal 1MDB. Persetujuan ini dicapai selepas Peguam Negara menerima tawaran Riza untuk memulangkan hanya sebanyak RM465.3 juta sahaja atau 43% dari jumlah yang telah dicuri olehnya sebanyak RM1.075 billion di antara April 2011 hingga November 2012 lalu.

*Saya kata dia pencuri secara “direct” tanpa berlapik kerana kalau dia tidak mencuri, kenapa dia ingin serahkan RM465 juta kepada kerajaan Malaysia?* Masuk akal kah ada orang dengan sukarela hendak serahkan wang sebanyak ini kalau ia miliknya secara sah? Jangankan RM465 juta, 10 hinggit pun takda siapa akan serahkan kalau dia tidak mengambilnya dari sesiapa. *Oleh itu, kita tidak perlu ragu2 bahawa Riza telah mencuri RM1.075 billion dari kita seperti apa yang telah didakwa di mahkamah.*

Nanti dulu.. Masih tak habis lagi cerita saya. Ada satu lawak besar dalam kisah ini sebenarnya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Peguam Negara semalam, dengan jelas tertera di perenggan 2 (a) bahawa sebahagian besar dari RM465 juta yang ingin diserahkan kepada kerajaan Malaysia adalah merupakan harta2 yang telah pun dirampas oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat. Senarainya seperti berikut :

Satu (1) unit bungalow di Beverly Hills, California.

Satu (1) unit apartment located di New York, dan..

Satu (1) unit townhouse di London, United Kingdom.

*Jika harta2 ini sudah dirampas oleh DoJ, maka apa guna Riza tawarkan untuk serahkan harta2 ini kepada kerajaan Malaysia? Bukankah sudah ada persefahaman antara DoJ dan kerajaan Malaysia bahawa harta2 ini akan diserahkan kepada kita pada satu hari nanti?*

*Dengan lain perkataan, samada Riza tawarkan untuk serahkan harta2 ini kepada kita atau tidak, DoJ pasti akan serahkannya kepada kita setelah selesai prosedur2 tertentu.* Jadi, apa sebenarnya yang hebat sangat di sini? Bukankan *ini satu kerja bodoh* bagi kerajaan kita untuk setuju melepaskan Riza dengan menerima darinya apa yang sudah pasti akan diserahkan kepada kita oleh DoJ samada Riza setuju atau tidak? Lawak apa yang cuba dilakukan oleh Riza dan Peguam Negara dalam kes ini sekarang?

Keadilan yang dituntut ialah Riza mesti pulangkan 100% dari apa yang ditelah curi dan pada masa yang sama dia juga mesti dihukum penjara atas kesalahannya yang telah mencuri. Di mana keadilannya jika pencuri2 taraf elit dan VIP ini perlu pulangkan hanya sebahagian sahaja dari apa yang dicurinya untuk membeli kebebasannya, sementera pencuri2 kecil yang mencuri milo dan sardin untuk memberi makan kepada keluarga kerana tiada wang untuk membelinya dihukum penjara? Samalah dengan kes anak Zahid yang kena denda hanya RM800 berbanding seorang ibu tunggal yang didenda RM1,000 dan penjara 8 hari kerana melanggar arahan PKP. *Adakah keadilan bentuk “double standard” ini datang dari Islam?*

Bahkan pada kes Riza inilah sepatutnya hukum hudud memotong tangan pencuri dilaksanakan kalau benar ini yang beriya-iya mahu ditegakkan sangat oleh puak2 lebai itu sebelum mereka tawan kerajaan melalui cara yang paling tidak bermoral dan tidak beretika. *Tapi yang peliknya, takda seorang lebai pun yang beri komen tentang isu ini selain Takiyuddin Hassan yang kecam Dr. Mahathir kerana menyoal keputusan Peguam Negara yang tidak bijak menangani hal ini.*

Tiba2 muncul hero Takiyuddin ini “sound” Dr. Mahathir pulak. Adakah Takiyuddin sokong keputusan Peguam Negara yang tidak adil dan tidak bijaksana ini membebaskan seorang lanun besar melalui “deal” yang di luar logik akal? Apa dah jadi dengan lebai2 ini semua? Banyak sangat minum jus ketum masa berbuka puasa ke? Kenapa diam bagaikan syaitan bisu sekarang?

Sekarang saya ingin minta Dr. Asri pula bersuara. Jangan duduk diam dalam hal dan isu besar ini. Ia melibatkan soal prinsip dan pembelaan hak rakyat untuk melihat keadilan tertegak. Ia melibatkan soal bagaimana Islam sepatutnya menangani isu ini dengan betul. Dr. Asri telah berjanji untuk menegur dan mengkritik kerajaan dalam hal2 yang melibatkan kepentingan rakyat yang dinafikan seumpama ini.

Ini belum lagi masuk cerita “kebijaksanaan” PM pujaan dia melantik hingga *70 orang menteri dan 2 orang duta khas bertaraf menteri* serta perlantikan ahli2 parlimen PN yang tidak layak secara profesional untuk menduduki jawatan2 tertinggi di syarikat2 GLC dengan habuan yang lumayan walaupun negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi yang amat meruncing pada waktu ini.

Dan ini juga belum masuk lagi cerita pasal PM dia halang sesi perbahasan Parlimen diadakan pada hari ini (Isnin, 18 Mei 2020) kerana takut berhadapan dengan usul undi tidak percaya terhadapnya yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir dan diterima dengan baik oleh Speaker Parlimen.

Semua ini langsung tidak mendapat apa2 komen dari Dr. Asri. Maka saya terpaksa terima bahawa dengan mengambil sikap berdiam diri begini bermakna yang dia bersetuju dengan semua tindakan2 tersebut kerana yakin bahawa hal2 ini menepati prinsip keadilan menurut ajaran Islam.

Minta maaflah.. Islam yang saya faham tidak sama seperti apa yang difahami oleh Tuan Mufti seorang ini. Ini bermakna hanya salah seorang saja dari kita yang mempunyai tafsiran betul mengenai erti keadilan yang sebenar menurut Islam. Oleh itu, bersiap sedialah kita masing2 dengan jawapan kita di hadapan Allah nanti di mana hanya Allah jualah yang akan memutuskan apa yang sedang kita perselisihkan sekarang.

“Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu (dengan tindakan kamu mengkhianati janji). Dan sesungguhnya di hari kiamat nanti, akan dijelaskan (dan diputuskan) olehNya kepada kamu mengenai apa yang kamu perselisihkan (ketika di dunia) dahulu (untuk diberi balasan).” [An-Nahl (16) : 92]

Sumber:

COMMENTS