“Dosakah aku kalau doa kakak kepada suami aku cepat mati? Aku dah tak tahan hadap perangai ipar puaka, diseksa mental aku tiap hari”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Hai pembaca sekalian. Persoalan aku seperti di tajuk berd0sakah aku kalau doakan seseorang itu cepat m4ti?

Aku dah tak tahan sangat pendam s4kit hati, disiksa mental aku hari – hari.

Orang yang aku doakan itu adalah ipar aku sendiri, kakak kepada suami aku.

Walaupun bukan tinggal serumah tapi rumah kami berdekatan. Hari – hari pun akan berjumpa

. Selalunya dia yang akan ke rumah aku. Aku? Memang tak akan suka suka jejak rumahnya tanpa ada apa – apa sebab.

"Dosakah aku kalau doa kakak kepada suami aku cepat mati? Aku dah tak tahan hadap perangai ipar puaka, diseksa mental aku tiap hari"

Ipar aku kalau datang ke rumah bagi salam memang dari jauh dia akan jerit panggil.

Suara dia memang kuat macam petir. Selagi tak buka memang dia akan panggil banyak kali. Kalau masih tak buka juga dia akan intai dan ketuk tingkap bilik. Pernah sekali aku ignore, dia call suami aku yang tengah kerja dan mesej di ‘Whatsapp group’ keluarga yang aku tak dengar dia ketuk pintu.

Dia nak letakkan anaknya bermain di rumah aku, tujuan dia tak nak anaknya meng4muk nak ikut ayahnya keluar. Sudahnya, anak dia meng4muk juga. Dia macam salahkan aku sebab tak buka pintu. Aku ni bukanlah k3jam sangat tapi anak aku baby baru tido kot. Nak melayan kerenah korang pulak.

Itu baru satu dari seribu hal yang terjadi. Aku hadap dia hari – hari sepanjang 7 tahun perkahwinan. Lagi satu kenapa aku malas nak bersembang dengan dia adalah sebab dia suka mengkritik orang. Aku ni memang tak terkira dah dikritiknya.

Dari segi penampilan, bab jaga anak, cara aku berpantang, cara tidokan anak, cara aku pakaikan baju anak – anak, hal – hal dalam rumah aku pun disibuknya. Cara aku lipat kain salah, cara aku sidai kain salah, cara aku siang ikan salah. Serba serbi salah lah bagi dia.

Mata dia macam lalat tau tak. Ada je kesalahan di mata dia. Nak aku senaraikan satu – satu tak tertulis rasanya. Aku pernah meIawan cakap dia sebab tak tahan sangat dah. Alih – alih nampak aku juga yang salah. Itu cerita dengan aku.

Tapi bukan setakat aku je, dia nak menyibuk juga ambil tahu hal adik beradik, sepupu sepapat aku. Family aku ni memang dia kenal sebab dia suka menyibuk. Bagi dia mungkin dia peramah berbual bertanya itu ini tapi mulutnya tak pandai jaga, cakap main lepas je.

Contoh macam sepupu aku kena. Anak sulungnya berumur 4 tahun masih belum bercakap lagi dan sangat aktif susah nak duduk diam. Boleh depan depan sepupu aku dia cakap, “Str3ssnya jaga budak macam ni ye. Lain kali anak – anak dari kecik kena rajin bercakap dengan dia. Anak – anak akak takde masalah macam ni sebab akak rajin bercakap dengan diorang.”

Motif cakap macam tu? Kau main hembus je kan. Tak fikir pun perasaan orang lain. Dia ingat dengan cakap macamtu orang kagum la dengan dia? Padahal orang menyampah. Anak – anak dia pun buas juga kat rumah aku melompat – lompat atas sofa, berlari ke sana sini menjerit – jerit. Bagus sangat la ajaran kau tu.

Adik aku pun kena juga. Tapi dia cakap kat aku la. Dia tanya kat aku, “abu kahwin dah lama takde anak lagi ye? Suruh la dia pergi berurut dengan makcik X ni.” Aku dalam hati, yang kau nak menyibuk hal orang ni kenapa? Tapi aku senyap je malas nak layan berbual.

Suami aku jenis tak ambik kisah sangat. Katanya biasalah tu, abaikan je. Suami aku ni jenis soft spoken, tak pernah tinggikan suara pada aku. Ayah yang baik dan bertanggungjawab. Aku sangat bersyukur dikurniakan suami yang begitu.

Cuma kakak ipar aku memang puaka sungguh. Kakak ipar aku ni ibarat ibu kepada suami dan adik – adiknya selepas pemergian orang tua mereka. Jadi, mereka seperti redha je dengan per4ngai dan mulut kakak ipar aku ni.

Banyak lagi hal lain terjadi tapi aku rasa dah cukup panjang sangat. Masa aku meIetup tak tahan sangat, aku marah dia balik. Seminggu tak bertegur dengan aku, aman sikit rasa. Tapi dia buat balik per4ngai sama. Nak suruh aku pindah memang takkan dapat sebab dia rumah suami aku sendiri yang dibina diatas tanah keluarga mereka. Mana mungkin la nak pindahkan? Dah duduk di rumah sendiri.

Dalam hati aku memang hari – hari doakan supaya dia m4ti cepat, baru aman tenteram hidup aku. Mungkinkah hati aku yang bermasalah sebenarnya? – Cinta (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Medina Hannan : Orang yang tak pernah hadap orang t0xic senang berkata – kata suruh diam, maafkan, biarkan, jangan ambil hati dan sebagainya. Untuk confessor pula, satu je nak pesan, memang kena Iawan!! Walaupun yang s4kit bukan kita je, suami kita daan anak – anak cucu cicik akan jadi musuh sampai tua.

Jadiiiii sis fikir la, adakah berbaloi bermusuh sampai cucu cicik atau rela keraskan hati (biar, ignore, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan). Hanya sis yang boleh judge sekarang sebab orang lain tak duduk di tempat sis..

Binti Salmah : Dari cerita ni masing – masing ada peny4kit sombong ujub (rasa diri lebih baik). Orang yang tak boleh ditegur / dikritik ni sombong. Rasa diri dah betul, bila orang tegur jadi sentap la. Orang yang bila tengok orang lain tak bagus, rasa diri lagi bagus dari orang tu, itu pun ujub juga.

Orang datang rumah ni bagus, tanda bawa rahmat Allah, ulama Zaman dulu kalau sehari takde orang datang rumah dia, dia dah risau dah, risau Allah tengah marah dia. Betul hati sis kena betulkan. Betulkan untuk jadi ikhlas kerana Allah semata.

Selagi Benda tu mendatangkan pahala dan elakkan d0sa untuk diri kita. Allah juga yang bagi Kak ipar macam tu. Pasti bersebab. Sangka baik. Allah bersama dengan sangkaan h4mbaNya.

BACA: ‘Allah itu maha Adil.. Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’