“Dosa tak terampun bila mak nangis kerana kesilapan aku, ayah tetap tenang hadapi ejekan masyarakat, ini dosa aku pada mereka.
Suami halau saya keluar rumah. Dia buang pakaian saya.
Untung ada jiran bantu kutip saya dan jiran beri saya RM50 buat makan dan tambang bas balik kampung.
Saya nekad failkan cerai, 6 tahun baru selesai tapi tiba-tiba dia datang balik mengaku saya ni isteri dia..
Assalamualaikum admin dan pembaca budiman sekalian. Nama saya Noreen, dan umur saya sekarang dekat 40 tahun.
Rasanya saya layak beri nasihat kepada gadis gadis, termasuk ibu-ibu, sama ada ibu tinggal atau ibu tunggal yang pernah terjebak dengan peristiwa hitam seperti yang pernah saya lalui.
Memang pahit dan tidak ada siapa nak tolong, tetapi jangan lupa Allah sentiasa memandu jika kita sabar, yakin dan berserah kepadaNya. Walaupun peristiwa hitam itu telah lama berlalu, menakutkan dan menghantui hidup saya, tetapi saya berusaha menjadikan kegagalan yang pertama kali saya lalui itu sebagai titik kejayaan pada masa depannya.
Malah dari situ saya bangkit untuk hidup demi menjaga maru4h emak ayah dan diri saya sendiri. Saya sedar kesilapan yang berlaku adalah kerana saya terlalu muda ketika itu dan saya cepat percaya kepada orang. Saya tak terfikir bukan semua orang boleh kita percaya terutama yang berlainan jantina.
Kehidupan saya sejak kecil memang bahagia. Emak ayah saya baik, kami adik beradik terdidik dengan agama, dan kami semua khatam Al Quran semasa di sekolah rendah lagi. Ibu didik saya dengan batas-batas pergaulan hingga saya dihantar sekolah perempuan sahaja.
Lebih menarik dalam pelajaran, saya tak pernah dapat nombor atas daripada angka lima setiap kali peperiksaan. Kerana itu habis SPM sahaja, saya dapat tawaran belajar di university. Nak jadikan cerita, di situlah saya berkenalan dengan Kheel.
Dia nampak baik, sopan dan berbudi bahasa. Tapi dia bukanlah pelajar seperti saya, cuma tetapi sentiasa berada dalam kawasan university, jadi saya fikir tentu dia kakitangan U lah. Dan kami selalu tunggu bas bersama.
Kerana nampak baik, selalulah kami berbual dan bertanya khabar. Rupanya inilah kesilapan saya, cepat percaya pada orang yang kita tidak kenali. Setelah beberapa bulan berkenalan, ketika saya percaya pada Kheel, satu hari ketika kami sama-sama balik lewat dari belajar dan membeli barang keperluan, Kheel dia menolak saya ke kawasan semak, di situ dia telah meragut maruah saya.
Puas saya meIawan, tetapi kerana badannya lebih besar, saya kalah. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup saya. Berbakul saya maki Kheel, tetapi saya telah ternoda, saya tak tahu apa harus saya buat, kalau pihak Universiti tahu tentu saya kena buang.
Malu emak bapa, nak beritahu pada kawan pun malu, takut rahsia hitam ini pecah. Tentu satu kampus melabelkan saya budak problem. Setelah kebuntuan dan kecelaruan fikiran, saya cari Kheel di rumah sewanya, minta dia bertanggungjawab.
Saya fikir tentu dia insaf dan mahu bertanggungjawab, tapi dengan kejamnya dia buat perkata terkutuk tu lagi. Bila meIawan, saya dipukul. Saya memang terkejut. Malam itu saya terus dikurung, dan beberapa kali saya jadi m4ngsanya.
Nak report polis pun takut, sebab akan memalukan emak ayah dan keluarga. Dalam kekecewaan, kesedihan saya terpaksa melalui peperiksaan. Namun peristiwa hitam tetap lekat di fikiran saya. Tetapi saya berjaya juga dalam peperiksaan, malangnya ketika itu saya sedar saya sedang hamil.
Akhirnya saya terpaksa buat keputuusan minta cuti semester. Dalam pada itu saya terus pujuk Kheel supaya bertanggungjawab, tetapi dia tuduh saya budak kampung jahat datang ke bandar tak sedar diri buat jahat. Cari ramai jantan. Aduh!!!
Tetapi saya terus pujuk dia saya tak peduli apa juga tuduhannya. Akhirnya Kheel setuju. Dengan keputuusan itu saya balik kampung beritahu emak ayah saya cuti semesta sebab saya sedang hamil. Saya mahu dinikahkan segera, memang emak ayah saya terkejut besar, tak pernah mereka termimpi anak yang dididik dengan agama, bertudung dan pandai mengaji ini boleh terjebak dengan kejadian hina begini.
Dalam tangisan, kekecewaan yang amat sangat, dan kerana sayangkan anak, emak ayah terima saya. Dan setuju menikahkan saya. Tetapi saudara mara terdekat yang datang masing-masing melahirkan rasa marah dengan sikap biadap Kheel ketika ayah nikahkan saya.
Keluarga Kheel yang datang tuduh saya paksa Kheel nikah sebab itu mereka tak setuju dengan pernikahan kami. Sehari semalam emak ayah menangis kerana sedih dengan nasib saya. Saya minta maaf tetapi saya tak berjaya menyembuhkan Iuka yang terguris di hati mereka.
Saya beritahu emak ayah saya terpaksa pujuk Kheel bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan. Selepas nikah kata ayah, baiklah saya ikut suami. Kata ayah, dia sudah didik saya dengan baik, kini tanggungjawab suami saya pula.
Kheel bawa saya ke rumah sewanya sebuah flat kosong. Rumah itu kosong yang ada tilam, dapur memasak dan 3 periuk kecil. Kheel memang jarang balik rumah. Kononnya kerja. Saya ditinggalkan dengan sekampit beras dan seplastik kecil ikan bilis.
Amat menyedihkan saya tak boleh bertanya ke mana dia pergi, pantang salah cakap pasti tangan kaki Kheel akan naik ke badan malah ke kepala saya. Kheel bencikan anak yang saya kandung, dituduh konon anak orang lain.
Kerana sentiasa tinggal sendirian, maka Al Quraan, zikir, solat menjadi teman sejati saya. Saya memohon Allah selamatkan saya dan anak yang saya kandung. Ketika sampai waktu melahirkan Kheel tiada di rumah, saya menjerit panggil jiran minta dihantar ke hospital.
Mereka terpaksa pecahkan pintu bermangga untuk masuk. Syukur saya dan anak selamat. Empat hari lepas bersalin Kheel. Dia tetap tidak mengaku bayi itu anaknya, dan katanya saya menyusahkan hidupnya. Satu malam ketika umur bayi baru sebulan, Kheel balik dan minta saya serahkan anak saya kepadanya, sebab ada pasangan suami isteri mahukan anak untuk jadi anaknya dan sebagai ganjaran dia akan beri RM5K.
Saya menjerit kerana terlalu marah. Melihat saya marah, Kheel halau saya keluar rumah. Dia buang pakaian saya. Untung ada jiran bantu kutip pakaian saya. Dan jiran beri saya RM50 buat makan dan tambang bas balik kampung pesan mereka.
Tetapi saya malu nak balik kampung, saya duduk rumah jiran sambil tunggu emak ayah datang ambil anak saya. Syukur emak dan ayah sanggup berkorban buang rasa malu demi saya dan bayi kecil ini. Saya berjanji pada emak dan ayah akan sambung belajar.
Untuk belajar dan ada anak bukan mudah. Saya terpaksa bekerja sambilan untuk dapatkan duit. Saya masih ingat pemandangan di stesen bas yang penuh berasap, di situ saya tunggu bas ekspres sambil baca buku, di belakang saya ada napsack berisi tin susu dan pampers.
It’s very hard, I called my self pathetic at that age. Habis belajar saya terus cari kerja sambilan. Saya tak memilih. Semua kerja saya buat asalkan boleh dapat duit cara yang halal. Dalam pada itu saya mula ke Mahkamah Syariah tuntut cerai taklik.
Bukan nak kahwin lagi, tetapi nak tahu kedudukan saya. Mahkamah suruh iklankan dalam akhbar tuntut suami ke mahkamah, gagal. Turun naik mahkamah dah jadi benda biasa. Akhirnya setelah 6 tahun barulah saya disahkan dapat cerai taklik.
Selepas sah bercerai, rezeki saya datang mencurah-curah. Senang pulak dapat kerja. Tempat yang memang saya tak pernah sangka. Saya bersyukur. Doa saya Allah makbulkan. Saya berusaha simpan duit dan saya bersyukur dapat besarkan rumah emak dan ayah dan saya dapat hantar mereka mengerjakan haji dan umrah.
Kini saya terasa amat lega, pada saya cinta lelaki bukan agenda utama hidup saya. Saya sedar bukan semua lelaki kejam. Contoh ayah saya boleh memasak jika emak tak sihat, sentiasa ke masjid sebelum azan. Ayah pastikan kami adik beradik khatam al-Quran setiap kali bulan Ramadan bertandang.
Dan ayah tak akan berkasar dengan emak walaupun ada ketikanya emak membebel tak memasal. D0sa saya tak terampun rasanya bila emak menangis kerana kesilapan saya memalukan mereka. Begitu juga ayah tetap tenang mengharung cemuhan dan pandangan buruk masyarakat kerana perbuatan saya.
Walaupun kini ramai yang menaruh hati pada saya. Tetapi saya tetap tolak dengan baik, tak terdetik dalam hati saya nak kahwin lagi. Hati saya dah keras, sekeras ‘Cold and hard’, saya tak terfikir langsung nak kahwin, sebab pertama kasih pahit saya dengan suami dulu.
Kedua saya tak mahu susahkan diri saya lagi nak pilih suami takut tertipu lagi. Awal tahun lepas, selepas bertahun tahun menghilangkan diri, kerana tak mahu pikul beban saya dengan anak, kerana tak mengaku anak itu anak dia, tetiba Kheel muncul depan mata, memang saya tak kenal, takut jugak entah sapa orang ini.
Tersengeh dan senyum tak memasal macam setengah betul. Dia kenalkan diri bila saya cuba melarikan diri kerana takut. Dia kata takkan tak kenal dia lagi, dia mengaku saya isterinya. Terkejut beruk saya, fikirkan orang senget mana tadi.
Terus terang dia kata, dia masih suami saya yang sah. Katanya lagi, puas dia mencari saya baru kini berjumpa. Oleh kerana dia kenalkan dirinya tengah jalan, maka di situ juga saya beritahu bahawa saya sudah lama ceraikan dia.
Antara kita tidak ada hubung kait lagi. Tetapi dia minta supaya berbaik semula dan sedia rujuk saya. Saya cuma jawab semuanya sudah terlambat. Dia cuba buat baik lagi dengan bertanya apa khabar anaknya. Saya katakan dulu dia tak mengaku anaknya.
Tapi saya sempat beritahu anak saya masih kecil sudah tiga kali khatam Quraan, pernah beberapa kali jadi johan pertandingan membaca al Quraan. Saya nampak dia menangis. Tapi saya tak percaya, sebab hati saya sudah keras seperti stainless steel.
Itulah kisah pahit maung kehidupan saya yang mungkin boleh dijadikan teladan terutama kepada gadis-gadis yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup mereka. Jangan kecewa, jangan kesal, sebaliknya bangkit kuatkan azam bina hidup baru, mungkin ini semua ujian Allah kerana Allah hendak beri kita lebih baik lagi pada masa akan datang.
Saya juga nak nasihatkan gadis-gadis yang telah terlanjur atau putus cinta jangan sesekali paksa lelaki itu kahwin dengan kita, kerana perkahwinan tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya lebih menyulitkan lagi hidup anda.
Sementara itu kepada ibu bapa yang ada masalah anak seperti ini jangan cepat marah, melenting dan tak mengaku anak. Anggaplah semua masalah yang anda hadapi itu sebagai ujian dari Allah. Terimalah anak anda seadanya.
Kerana bukan semuanya keburukan yang berlaku itu atas kehendak hati anak anda sendiri. Setiap keburukan berlaku ada kalanya terpaksa dan sebagai ibu bapa terimalah ujian dari Allah dengan tenang dan bersabar, jangan buang anak kita, tetapi beri dia perangsang, mungkin dia boleh memperbaiki hidupnya menjadi lebih baik. Bimbing anak kita. Ceritakan buruk dan baik yang akan dia tempuhi supaya dia lebih faham.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio