Tindakan seorang ibu yang menangis meraung sebaik sahaja disahkan hamil selepas
Memiliki tiga orang anak telah menimbulkan persoalan di kalangan petugas hospital.
Mana tidaknya, wanita yang sepatutnya menyambut khabar tersebut dengan penuh kegembiraan
malah merayu kepada doktor untuk menggugurkan kandungannya itu.
Persoalan doktor akhirnya terjawab selepas wanita terbabit mengakui bahawa janin dalam perutnya itu adalah hasil hubungan intim dengan anak kandungnya sendiri.
Kejadian mengejutkan itu didedahkan oleh seorang pemuda yang bertugas di sebuah klinik obstetrik dan ginekologi (O&G) sewaktu insiden berlaku iaitu pada tahun 2015.
“Datanglah seorang perempuan berjumpa dengan doktor lokum (pegawai perubatan yang bertugas di luar waktu kerja rasmi). Ketika itu, saya mendengar daripada bilik sebelah.
“Katanya sudah tak datang haid selama dua bulan. Mula muntah-muntah, melayang dan rasa sakit di bahagian peranakan. Doktor macam biasa, buat ujian air kencing. Selepas itu doktor cakap, ‘Tahniah, puan mengandung’.
“Doktor beritahu sekejap lagi nak buat ultrasound (imbasan ultrabunyi). Tetapi puan ini menjerit dan menangis. Sejurus ditanya dia merayu, ‘Doktor, tolong gugurkan kandungan ini! Sebenarnya benih ini dari hasil anak saya sendiri!,” katanya.
Rupa-rupanya wanita itu menjalinkan hubungan intim dengan anaknya sendiri kerana remaja berkenaan memiliki perwatakan dan wajah yang saling tidak tumpah dengan bapanya.
Wanita itu kemudian bertindak meninggalkan klinik berkenaan selepas doktor lokum memaklumkan bahawa dirinya tiada kuasa untuk menggugurkan kandungan dan kes akan dirujuk kepada pakar perubatan.
“Suami saya kerja di luar negara. Enam ke tujuh bulan baru balik. Saya ada tiga anak lelaki. Yang sulung berumur 18 tahun. Muka dan wataknya sebiji suami saya. Jadinya saya mula sayangkan anak sendiri.
“Jika begitu (doktor tak mahu lakukan), saya pergi ke klinik lain. Saya mesti gugurkan kandungan ini sebelum suami balik!,” kata wanita berkenaan kepada doktor sebelum keluar daripada klinik tanpa membuat bayaran.
Perkongsian tersebut dibuat oleh pemuda itu menerusi satu tular hantaran di platform Facebook dengan harapan kandungan yang berunsur pengantunan seksual ataupun ‘child grooming’ tidak dinormalisasikan di Malaysia.
Meskipun sekadar lakonan di antara anak beranak atau ahli keluarga, perbuatan itu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif seterusnya menjurus kepada hubungan terkutuk seperti sumbang mahram.
“Walaupun ia hanya lakonan, namun itulah permulaan grooming dan ia boleh membangkitkan nafsu dan cinta. Semoga Allah jauhkanlah. Betul, kes ibu bercinta dengan anak ini wujud tuan puan.
“Apabila kehilangan suami, atau berjauhan dan berpisah selama bertahun-tahun lamanya. Anak pula iras dengan suami. Jadinya melepaskan rindu dan mencurahkan cinta kepada anak sendiri.
“Itu belum kisah Pakcik bercinta dengan anak saudara dalam diam sampai beranak pinak! Kita ingat kisah ini hanya di negara barat, orang kafir. Tetapi orang kita sendiri pun ada. Moga Allah pelihara kita dari perbuatan terkutuk ini.” Ujar pemuda terbabit.
Baca juga: Patutlah lama kena sidai, rupanya ramai tak berhenti atas petak sensor traffic light