Doktor panjat perut ibu sambut bayi lahir sekali lain pula jadi tercabut kepala bayi

Oleh INFORAKYAT

Doktor panjat perut ibu sambut bayi lahir sekali lain pula jadi tercabut kepala bayi.

Seorang doktor sedang disiasat selepas dilaporkan memanjat perut ibu hamil dan menarik kepala bayinya keluar semasa bersalin di Hospital das Clinicasda UFMG yang terletak di kawasan kejiranan Santa Efigenia, Belo Horizonte, Brazil.

Menerusi laporan  ibu kepada bayi tersebut, Ranielly, hadir ke hospital pada usia kandungannya mencecah 28 minggu.

Doktor panjat perut ibu sambut bayi lahir sekali lain pula jadi tercabut kepala bayi

Ranielly bimbang dengan tekanan darah tingginya, sebelum doktor memaksa bersalin tujuh hari kemudian.

Ketika proses kelahiran, pakar obstetrik meminta bapa kepada bayi tersebut untuk memerhatikan prosedur kelahiran isterinya dengan teliti.

Terkejut pembantu tengok doktor panjat atas perut ibu semata mata nak tarik kepala bayi masa bersalin

Difahamkan, bayi tersebut masih hidup dan sihat kerana mulut bergerak dan matanya berkedip ketika itu.
Dalam kejadian menyedihkan, doktor naik ke atas perut wanita mengandung itu untuk cuba menarik bayi keluar sehingga kepala bayi tersebut terputus.

Berhubung isu berkenaan, pihak hospital didakwa memaksa keluarga mangsa menandatangani dokumen dengan tujuan untuk menyembunyikan insiden traumatik tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas membuat laporan polis, pihak hospital membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa serta menanggung segala perbelanjaan bagi pengebumian bayi tersebut.

BACA: Niat sebenar pecah rumah orang nak menyamun, sekali lain pula jadi lepas ‘tertengok’ kaki janda muda

Pelajar ini tersasul panggil ‘sayang’ masa kelas, sekali respon ustaz buat hubungan sebenar mereka terdedah