Assalamualaikum semua. Nama aku Amad. Seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak.
Aku nak cerita pengalaman aku dalam menjalani hidup sebagai suami kepada seorang isteri yang merupakan pes4kit depr3ssion. Cerita ni panjang sikit tapi baca la.
Isteri aku seorang yang manja, happy go lucky dan peramah. Manis orangnya. Kami sebaya, dan bercinta sejak sekolah.
First love, insyaAllah one and only. Hehe. Anak sulung kami lahir lepas 5 tahun kami kahwin. Lepas anak sulung 2 tahun, isteri aku pregnant lagi.
Pregnant kalini macam – macam masalah. Dengan alahan teruk, kena kovit, masalah jantung lagi. Keluar masuk wad perkara biasa. Masuk 8 bulan aku perasan isteri aku dah mula kurang bercakap, kurang ceria. Lepas lahir baby dihantar ke NICU sebab ada masalah pernafasan.
Isteri berkeras nak jaga baby di NICU walaupun badan dia masih lemah sebab czer. Aku turutkan aje. Masuk hari ke 8, nurse call suruh datang segera. Aku punya la cemas. Sampai di NICU rupanya isteri aku ada cubaan bvnvh diri, jadi dia dirujuk ke psiki4trik dan perlu dipantau oleh nurse di sana.
Aku terk3jut sebab dia whatsapp aku macam biasa, bila video call dia masih senyum dan gelak. Doktor kata postp4rtum depr3ssion. Orang kampung kata mer0yan. Lepas 2 minggu baby di NICU akhirnya boleh discaj, isteri aku pun dibenarkan balik.
Tapi masa ni dia bukan orang yang aku kenal. Dia tak ceria, kurang bercakap. Asyik baring je. Nak uruskan diri pun perlu aku atau Confinement lady (CL) yang tolong. Banyak masa dihabiskan dengan termenung dan menangis. Malam pun tak boleh tidur.
Bila aku tanya dia pun taktau apa yang dia rasa, dia cuma jawab dia rasa kosong. Family isteri semua datang melawat dan bagi kata – kata semangat, tapi dia hanya diam. Baby pulak dijaga sepenuhnya oleh CL. Isteri aku hanya susukan baby je.
Malam aku take over sampai ke subuh. Anak sulung pun perasan mak dia lain. Tapi dia ni magic sikit sebab bila isteri aku dalam fasa meltdown, anak sulung aku ni macam boleh detect. Walaupun dia tengah main kat bawah dia akan lari naik atas pergi kat mak dia, baring atau peIuk mak dia. Dan mood wife aku pun terus elok.
Lepas dah sebulan isteri aku dah boleh solat dan mengaji. Aku perhati setiap kali dah habis solat lama sangat dia nak bangun. Airmata pun sampai basah telekung. Bila mengaji pulak satu mukasurat pun lama sangat baru habis. Tak boleh nak fokus katanya.
Almulk, Alkahfi sebelum ni lancar tapi dah tersangkut – sangkut. Jadi dia frust. Mulut dia asyik ulang dia tak bagus, dia banyak d0sa, dia tak bersyukur. Pernah sekali dia nak nak ced3rakan diri sebab kecewa dia tak ingat bacaan sujud sejadah. Aku taktau nak react macam mana.
Benda ni berlarutan sampai 2 bulan lebih. Dalam masa tu setiap minggu jumpa pakar psiki4trik, naik dose ubat. Pergi kaunseling, pergi terapi. Kerja rumah dan penjagaan anak dibantu oleh family dan CL. Aku sampai call company CL mintak tambah cuti sampai 3 bulan.
Mujur juga rezeki dari segi kewangan kami memang stabil. Alhamdulillah masuk bulan ketiga isteri aku dah mula boleh uruskan diri, dah berselera nak makan, mau bersembang macam biasa. Paling utama dia dah takde keinginan nak ced3rakan diri dan boleh bonding dengan baby dan anak sulung.
Sekarang hampir 2 tahun isteri aku on treatment. Sampai hari ini masih makan ubat. Masih ada episod airmata, episod termenung dan episod susah nak fokus. Ada masa dia tenggelam dalam fikiran dia sendiri. Ada masa dia mudah marah.
Haa macam tak logik depr3ssion tapi marah – marahkan? Ada wei! Aku pun baru tau! Tapi apa yang buat aku kagum adalah isteri aku tak pernah putus asa untuk sembuh. Apa doktor dia suruh buat semua dia ikut. Ubat tak pernah tinggal, follow up semua dia pergi, cuma tarikh aku kena ingatkan, sebab dia cepat lupa.
Kadang – kadang aku rasa bersalah sebab benda ni jadi sebab dia mengandung dan lahirkan anak untuk aku. Tapi yang s4kitnya dia sorang. Aku harap isteri aku boleh sembuh macam biasa, tak perlu berg4ntung pada ubat lepasni.
Biar la ambil masa 3 – 4 tahun pun, aku boleh tunggu. Buat masa ni selain ubat, dan terapi, kami juga berubat secara perubatan islam (ustaz kata lemah semangat?). Sesiapa yang ada cadangan apa lagi boleh ikhtiar sila komen ya? Nanti aku baca. Terima kasih! – Amad (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Abu Ubaidah : Terbaik tuan.. Teruskan cara tuan tu. Yang saya boleh share:
1) sabar
2) jangan kongsi masalah di tempat keja, kalau sembang bab kelakar ja
3) keja rumah dan handle anak, tt dah biasa support, teruskan
4) hadiri majlis ilmu, jangan asyik terperap dalam rumah
5) kita pelupa ni biasa, buka Quran dan baca balik, jangan susah hati
6) lazimi zikir dan berselawat
7) jika mampu, bawa pergi umrah
Semoga dipermudahkan segalanya..
Zainatul Zahara : Bagus tt ni. Suami yang memahami. Terima kasih sangat sebab faham isteri. Bantu la dia sehabis baik. Depr3ssion ni umpama terper4ngkap dalam badan yang nak surv1ve tapi mindanya meronta – ronta nak m4ti. Orang yang tak terang mata hati takkan nampak struggIe orang depr3ssion ni. Teruskan bantu dan bagi semangat pada wife. Tabik springggg.
Alea Shyheera : Sangat beruntung bila suami sendiri faham keadaan s4kit isteri yang ada depr3ssion ni. Ada sesetengah tu rasa s4kit depre3ssion ni s4kit ngada – ngada dan buat – buat. Tahniah untuk anda sebab cuba untuk bantu isteri sihat seperti sediakala.
BACA:Mila Jirin dedah pendapatannya cecah RM50 juta setahun, jadi jutawan hasil berniaga katering