Doa Neelofa untuk Puteri Sarah tarik perhatian orang ramai

Oleh INFORAKYAT

Doa Neelofa untuk Puteri Sarah tarik perhatian orang ramai. Murninya tali persahabatan yang terjalin antara Neelofa dan Puteri Sarah Liyana sehinggakan kedua-dua selebriti itu saling memiliki antara satu sama lain untuk bergantung harap terutama semasa melalui detik-detik sukar.

Memahami derita yang sedang dilalui Puteri Sarah ketika ini, Neelofa menghulurkan rasa simpati dan sedih menerusi nota-nota dan doa yang indah buat sahabatnya itu.

Seperti mana sebilangan besar kaum wanita lain yang tampil memberikan kata-kata semangat kepada isteri sutradara tersohor, Syamsul Yusof itu di media sosial.

Neelofa secara terbuka menyatakan rasa bangga dengan tahap kesabaran tinggi yang dimiliki Puteri Sarah sekalipun menyedari kemelut rumah tangga yang dilaluinya amatlah membebankan.

Neelofa yang juga seorang usahawan berjaya mengakui sudah lama menyedari kehadiran ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.

Doa Neelofa untuk Puteri Sarah tarik perhatian orang ramai

Namun, setelah diberi kepercayaan, Neelofa memilih untuk berdiam diri walapun sebetulnya dia hilang kata kerana perbuatan orang ketiga itu disifatkan sebagai sangat keterlaluan.

“Kita borak banyak pasal ini, sampai at what point saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak (Puteri Sarah).

“Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.

“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang saya amat terkesan, meskipun apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga, jaga aib suami, banyak mengalah…”tulis Neelofa di ruangan komen di Instagram Puteri Sarah.

Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti, PU Riz turut memanjatkan doa

mengarapkan segala kesakitan yang ditanggung Puteri Sarah digantikan dengan kebahagiaan yang kekal hingga akhir hayat.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin,” tulis Neelofa lagi.

Puteri Sarah turut membalas komen tinggalan Neelofa dan menulis: “Tq love selama ni I menangis dekat u final… TQ ajarkan I segala doa.”

Pada Khamis, Puteri Sarah yang juga seorang pelakon memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Sejak beberapa bulan lalu, kisah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang didakwa berhadapan krisis berikutan kehadiran orang ketiga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu juga semakin serius sehingga Puteri Sarah mendedahkan, dia dan Syamul sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tagga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

BACA:

Anak Puteri Sarah dikejarkan ke hospital, enggan layan gosip Syamsul

Puteri Sarah bakal saman ‘seseorang’, netizen keliru siapa bakal disaman

Orang ramai puji suara Ira Kazar sedap menyanyi, lirik lagu pula tarik perhatian