Diva AA menangis sampai kering air mata, ini yang berlaku

Diva AA menangis sampai kering air mata ini yang berlaku

Diva AA menangis sampai kering air mata, ini yang berlaku. Di sebalik kelantangannya melontarkan pelbagai pandangan, siapa sangka selebriti sensasi ini merupakan seorang pencinta kucing. Ia terbukti apabila Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sanggup berk0rban dan berhabis ribuan ringgit demi kucing-kucing peliharaannya.

Pindah Demi Kucing Tercinta

Menurut Diva AA, dia kini dalam proses untuk berpindah ke rumah yang baharu setelah berhadapan dengan pelbagai isu dari pihak pengurusan kediamannya sebelum ini.

“Saya sibuk bekerja dan dalam masa yang sama masih dalam proses berpindah ke rumah baru. Terima kasih kepada berbilion followers yang memahami isu kondo ‘najis’ itu. Saya sangat menyayangi kucing saya melebihi segalanya.

“Saya tidak kisah mengenai segala peraturan kondo tersebut seperti yang telah ditetapkan. Tetapi, biarlah beradab. Bila pengurusan terlampau kurang ajar bayangkan saya sanggup berpindah” tegas Diva AA.

Diva AA menangis sampai kering air mata, ini yang berlaku

Diva AA Pilih Rumah Banglo

Kongsinya lagi, dia bersyukur kerana persekitaran rumah baharunya itu lebih harmoni dan mempunyai jiran tetangga yang sangat peramah.

“Alhamdulillah, tempat baru ini saya dah berpindah ke sebuah banglo dan lebih tenang. Buat masa ini saya enggan dedahkan di mana lokasi tersebut. Sebaik saya pindah disini, terasa diri saya seperti Dato Sri Siti Nurhaliza. Bayangkan saya dikerumun oleh penduduk berdekatan tanpa henti.

“Walaupun agak penat kerana perlu melayan permintaan mereka untuk bergambar dan sebagainya, tetapi mereka begitu peramah. ” katanya lagi.

7 Ekor Kucing Pergi Buat Selamanya

Air Mata Saya Dah Kering" - Diva AA Bersedih Dengan Kematian 7 Kucing -  Murai MY

Bagaimanapun, disebalik kegembiraan berpindah ke rumah baru, Diva AA turut berhadapan dengan kejadian yang menyedihkan. Ia berikutan beberapa ekor kucing kesayangannnya telah pergi akibat dijngkiti virus.

“Sejak berpindah ini beberapa ekor kucing saya telah dijngkiti virus yang merbahaya. Sehingga ke hari ini, sebanyak 7 ekor kucing saya telah pergi termasuk yang terbaru saya gelarkannya sebagai Muhammad dan Dayang Nurfaizah.

“Terngiang-ngiang suaranya mengiau pada saya. Walaupun sedih dan air mata saya sudah kering, ia membuatkan saya menjadi lebih kuat. Terima kasih kepada mereka yang turut bersimpati dengan saya.

“Doakan kucing saya yang lain iaitu Aaron Aziz, Hang Tuah, Lim Guan Eng, Ziana Zain dan Rosmah Mansor terus sihat. ” katanya lagi

Terdahulu, tular kisah mengenai Diva AA mem.ki pengurusan kondo kediamannya. Difahamkan, ia mempunyai kaitan dengan kucing peliharaannya yang dikatakan telah tinggalkan bau yang kurang menyenangkan terhadap penghuni di sekitar kondo tersebut.

BACA:

Salt Bae tunjuk bil RM700K dimakan pelanggannya

Netizen puji cara Neelofa layan pekerja restoran bila diserbu

Akak ni kongsi cara sebenar nak buat bihun rasa kampung

CATEGORIES