Pada hari semalam media dunia melaporkan McDonald’s di Israel telah menyumbang beribu-ribu makanan percuma kepada Angkatan Pertahanan Israel dan rakyat negara itu.
Tindakan itu telah mengundang persoalan netizen mengenai status McDonald’s di Malaysia.
Dalam satu kenyataan terbaharu McDonald’s Malaysia, restoran rangkaian restoran makanan segera yang dikendalikan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berkata
tindakan itu adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.
“McDonald’s Malaysia menyedari perbincangan terbaru di media sosial berkenaan McDonald’s Israel.
“Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.
“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosialnya.
Tambahnya lagi, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan yang mana sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.
Lihat siaran ini di Instagram
“Sejak itu, McDonald’s telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melaksanakan setiap tahun.
“Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat kepada 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong yang kurang berkemampuan,” jelasnya.
McDonald’s Malaysia turut menyatakan komitmen dalam perkhidmatan dan memberi semula kepada komuniti tempat restoran beroperasi dengan menggaji beribu-ribu bakat tempatan dan melabur dalam ekonomi dan komuniti tempatan.
Terdahulu, McDonald’s Israel telah menderma dan akan terus menyumbangkan puluhan ribu makanan kepada unit IDF, polis, hospital, penduduk sekitar dan semua pasukan penyelamat.
Setakat ini gergasi makanan segera itu telah menyumbangkan 12,000 makanan kepada IDF dan penduduk Israel di kawasan sekitar.