Dituduh tak bekerjasama, penduduk kampung berhimpun bantah JBALB

Dituduh tak bekerjasama, penduduk kampung berhimpun bantah JBALB

Lawas: Penduduk Kampung Punang hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang menuduh penduduk Kpg Punang dan Awat-Awat gagal memberikan kerjasama terhadap pihak JBALB seperti yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan keluaran 24 Jun 2020.#DL

Pada perhimpunan yang dihadkan kepada beberapa orang demi menghormati PKPP, mereka mempamerkan sepanduk yang memberi gambaran JBALB tidak efisien, tidak menepati janji dan tidak beretika.#DL

Antara lain tulisan pada sepanduk berbunyi “Kami wakil warga Kampung Punang membantah sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat pihak JBALB terhadap kami, sebaliknya kami menagih kerjasama dari pihak JBALB untuk membekalkan air yang selamat diminum dan bekalan berterusan kepada penduduk selaras dengan kenyataan misi JBALB”#DL

Katanya lagi, JBALB seringkali berjanji akan menyelesaikan masalah air di kampong ini namun janji tinggal janji dan nampaknya mereka seolah-olah tidak berminat untuk menyelesaiakn kemelut ini.#DL

Satu kenyataan media dari wakil penduduk turut dikongsikan kepada pihak media, menyatakan bahawa AIR BERSIH bukanlah satu keistimewaan tetapi HAK mutlak setiap manusia.#DL

Pada 24 Jun 2020, Pengarah JBALB telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menuduh penduduk Punang dan Awat-Awat tidak bekerjasama dengan agensi itu.#DL

Menurut kenyataan media itu, penduduk kampung telah lama bersabar serta memerhatikan tindak tanduk JBALB yang berlengah-lengah dan seringkali memberikan pelbagai alasan walaupun kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM2.8 billion bagi melaksanakan projek bekalan air bersih terawat di Sarawak dan difahamkan peruntukkan tersebut membabitkan projek bekalan air bersih di Lawas.#DL

Sumber:

COMMENTS