Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Facebook Cik Puan Gojes, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang budak lelaki yang tidak berpakaian baju sukan ketika di sekolah.
Oleh itu, salah seorang cikgu dari sekolah tersebut telah menyoalnya mengapa beliau tidak memakai pakaian itu.
Beliau juga mengatakan ibu bapa nya bekerja di kedai runcit 1 Malaysia. Selepas pada itu, cikgu tersebut turut membelikan baju sukan sebanyak 2 pasang untuk beliau.
Netizen turut memberi komen mengenai klip durasi pendek ini, mengatakan respon budak lelaki ini telah membuatkan orang ramai berasa sebak melihat reaksinya.
Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada cikgur tersebut kerana prihatin terhadap murid-murid nya. Perkongsian video klip di aplikasi Facebook ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.1M penonton, 75 sukaan dan 6.5K komen.
Ditanya kenapa tak pakai baju PJ, nak menangis cikgu dengar budak ni jawab
Lihat apa juga kata orang ramai:
“Alhamdulillah…murid² sek. Ni dihadirkan seorang cikgu yg amat pemurah..semoga Allah murahkan rezeki cikgu dan permudahkan urusan cikgu Utk berbakti dan membantu Pd pelajar2 yg memerlukan”
“mohon doakan guru2 dlm setiap doa kalian..mereka mendidik dan menjaga kita sebaik mungkin..Allahu..”
“Tersentuh hati….klu cpg x rakam…kita xtau pn..masih ada ank2 yg serba kekurangan…..Allah kirimkn insan sebaik cpg ….semoga cpg trus kuat utk bantu ank2 ni….terbaik”
“Sedihnya.. Wajah anak yang soleh dan baik. Wajah anak murid yang jugak bijak.. Semoga putera berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan ye.. Sentiasa jadi anak yang soleh.. Sentiasa jadi anak murid yang membanggakan guru².. Aamiin ya Allah ya mujib.. Nanti balas jasa guru putera yang baik ni tau”
“Kadang2 kita kena pandang sekeliling kita msti ada segelintir ank2 murid yg susah,bkn apa sekarang barang semuanya mahal kos sara hidup tinggi gaji di m’sia masih rndah x pdan dgn kos hidup..kena ank smpai 3456 oqg mcmna.bkn kehendak mak ayah minta hidup mnjdi susah tetapi kita sentiasa diuji diberi ujiaan dri Allah s.w.t .tu sbb ada yg susah ,senang sbb kita prlu salin melengkapi atas muka bumi ini…cikgu terbaik…”
“Memang harga baju agak mahai. Ibubaoa yg x mampu akan jd beban. Pakai sat ja dah x padan. Zaman dlu buleh ja PJ pakai baju biasa.. Janji tshirt tracksuit.
Mana keperluan yg penting didahulukn.”
“Yg bestnya zaman sekarang ni ramai cikgu yg prihatin dan bertanya dulu apa masalah murid tu, klu dulu cikgu tanya tanya sekali terus jatuh hukum”
“Tringat dlu msa sekolah rendah agama daris. Semua wajib ada jubah warna koko tp abah ngn ibu x da duit nak beli.Tp alhamdulillah Allah hantar sorg hamba Allah yg tlg beli semua barang2 tu…smpai skrg ingat budi baik org tu”
“Semoga Adik Putra akan berjaya dengan cemerlang dimasa hadapan…sesungguhnya kejayaan itu tak akan datang dengan mudah tanpa perlukan pengorbanan dan usaha… sentiasa tawakal pada Allah…atas berkat usaha dan pertolongan dari seorang guru yang berhati mulia…In Shaa Allah Adik Putra akan berjaya Aamiinnn”
“Alhamdulillah….semua adalah kehendak Allah …dimana Allah sedang uji kita semua bukan adik itu…Allahuakbar…didoakan Cikgu sentiasa dipermudahkan..biarlah apa orang nak kata pun ..janji keikhlasan hati tu yang penting. Aaminn”
“Allahukhbar..pernah merasa yang adik ni rasakan.. Baju pj xdak.. Nak beli x mampu.. Mak ayah susah..rezeki kalau ada orang sedekah…semoga Allah permudahkan urusan cpg dan adik itu.. Aamiin.”