Disney sahkan filem Thor terbaru tidak akan ditayang di Malaysia

Disney sahkan filem Thor terbaru tidak akan ditayang di Malaysia

Disney sahkan filem Thor terbaru tidak akan ditayang di Malaysia. Khabar tak baik buat peminat Marvel, pihak Golden Screen Cinema (GSC) sebentar tadi memaklumkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Menerusi kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan itu telah diputuskan oleh Disney.

“Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda,” kata GSC.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan teka-teki peminat filem adiwira tersebut di Malaysia yang sebelum ini beberapa kali ditangguhkan.

Disney sahkan filem Thor terbaru tidak akan ditayang di Malaysia

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pembatalan tayangan filem itu tidak didedahkan.

Terdahulu, filem itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 tetapi ia ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan bahawa status tarikh tayangan masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).

Filem tersebut merupakan sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok dan menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sejak ditayangkan pada 8 Julai lalu, filem itu dilaporkan telah mendapat kutipan sebanyak AS$ 600 juta di seluruh dunia.

BACA:

Gagal bayar pinjaman bank, ramai rakyat kini muflis

PRU15 tahun ini? Ini penjelasan terkini PM

Dapat banyak ‘lion’, Ryan Bakery umum tarikh kahwin di live TV

CATEGORIES