Di sebalik gemilangnya majlis perkahwinan putera dari Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan pasangannya,
Dayang Anisha Rosnah Adam, berita kurang menyenangkan muncul berkaitan dengan majlis tersebut.
Menurut laporan media, terdapat aduan mengenai makanan berulat yang disediakan kepada penjawat awam
Dan pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan diraja yang diadakan pada Ahad lepas.
Menteri Dalam Negeri Brunei, Dato’ Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman, yang juga mengetuai Kementerian Pendidikan, mengesahkan bahawa sebanyak 23,800 bungkusan makanan telah diberikan kepada pelajar, dan 15,700 bungkusan makanan pula diberikan kepada penjawat awam.
Walau bagaimanapun, sebanyak 775 roti yang disediakan untuk tiga sekolah didapati tidak sesuai untuk dimakan.
Awang Ahmaddin menambahkan bahawa penyediaan makanan tersebut telah diuruskan oleh Kementerian Pendidikan, dan tender dibuka berdasarkan kriteria tertentu seperti kos dan kebolehan dalam menyediakan makanan. Selain itu, 18 syarikat juga telah diarahkan untuk menyediakan makanan berdasarkan zon masing-masing.
Untungnya, tidak ada kes yang melibatkan sakit perut atau gastroenteritis yang dilaporkan di kalangan mereka yang terlibat dalam majlis perarakan tersebut.
Menteri Kesihatan Brunei, Dato Seri Setia Dr Mohd Isham Jaafar, namun menegur para penerima tender untuk mengambil isu kebersihan makanan ini dengan lebih serius, kerana ia melibatkan pelbagai pihak.
“Alhamdulillah, tiada yang mengalami masalah kesihatan. Kita harap pihak penyedia makanan dapat lebih berhati-hati dalam menangani isu ini,” ujar beliau.