Disangka kena rompak, rupanya lelaki ini cuba bunuh diri

Disangka kena rompak rupanya lelaki ini cuba bunuh diri

Disangka kena rompak, rupanya lelaki ini cuba bunuh diri. Kejadian tular dalam media sosial sejak tengah hari tadi berkaitan seorang lelaki yang dikatakan disamun dan dicederakan selain keretanya dibakar di kebun getah Kampung Bukit Tempurung, Batu Kikir, di sini rupa-rupanya cuba membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pada pukul 7.03 petang semalam, pihaknya menerima satu panggilan telefon dan maklumat daripada orang awam mengenai satu kejadian kereta terbakar di lokasi tersebut.

Menurutnya, siasatan dijalankan di lokasi kejadian, bagaimanapun mangsa atau mana-mana individu lain tidak ditemukan di dalam kenderaan.

“Kira-kira pukul 8.30 pagi, anggota Balai Polis Batu Kikir menerima makluman daripada orang awam yang menjumpai mangsa dalam keadaan tidak berpakaian selain terdapat kesan cedera melecur pada bahagian badan, di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Tempurung.

“Pihak polis menghubungi pihak ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah. Siasatan awal, mangsa iaitu lelaki berumur 33 tahun menyatakan disamun oleh dua lelaki yang tidak dikenali menggunakan motosikal semasa berada di kawasan Juasseh, Kuala Pilah.

Disangka kena rompak, rupanya lelaki ini cuba bunuh diri

“Siasatan lanjut ke atas mangsa dibuat dan dia mengaku kejadian samun yang dilaporkan adalah tidak benar. Mangsa sendiri membakar kereta dengan cara memasukkan kertas surat khabar ke dalam lubang tangki minyak dan membakar kertas tersebut dengan menggunakan pemetik api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Chang Hook berkata, mangsa pada masa itu berada di dalam kereta sehingga api marak.

“Mangsa mengambil keputusan untuk keluar daripada kereta kerana tidak tahan panas dan lari mencari jalan keluar untuk meminta bantuan.

“Siasatan polis juga mendapati punca kejadian ini berlaku kerana mangsa mengalami masalah emosi dan juga masalah keluarga, ” katanya.

Malah, menurut beliau, mangsa tidak mahu masalah yang dialaminya diketahui oleh pihak keluarga.

“Piihak polis ingin menyeru kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar yang tersebar dalam media sosial berkaitan kejadian ini.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

BACA:

Iman Troye bongkar kisah cintanya…

Pakcik orang kuat kerajaan, wanita ni “show off” tunjuk pakai kereta JKR

Johan disebut-sebut masuk team Hot FM

CATEGORIES